Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad saw. Semoga hari ini lebih baik dari hari2 sebelumnya.
Hari Khamis 15 Ogos bersamaan 10 Safar.
Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Anak teruna kedua CikYong mempunyai ujian lisan bagi peperiksaan SRAI di sekolah agamanya.
CikYong mengikuti pengajian harian seperti biasa. Tafsir AlQuran di ikim.fm, mudarasah hadith ke-14 di youtube, dan MyQurantime di fb live. Kelas bahasa arab bersama ustazah juga berjalan seperti biasa.
CikYong memasak ayam masak merah dan menumis kobis untuk dijadikan juadah makan tengahari kami.
Di sebelah petang, CikYong pergi ke klinik kesihatan di pekan. Semenjak pagi, CikYong terlihat beberapa kali akan segaris cahaya di sebelah kanan atas ruang penglihatan CikYong. CikYong tidak pasti samada ianya benar2 sesuatu yang perlu diperiksa oleh doktor ataupun tidak.
Akaun IG CikYong telah di gantung. CikYong telah menghantar rayuan kepada Meta untuk disemak semula tindakan Meta menggantung akaun CikYong. Perkongsian berita2 Palestine di akaun CikYong tersebut telah dijadikan sebab akaun di gantung.
Hari ke-314 perang di Palestine 🇵🇸.
Serangan Israel terhadap Tebing Barat turut meningkat dari hari ke hari. Tentera Israel menculik penduduk Tebing Barat. Provokasi terhadap rumah dan ladang2 rakyat Palestine dilakukan oleh penduduk penempatan haram yang dilindungi oleh tentera IDF. Tentera Israel menusnahkan rumah2 rakyat Palestine dan merampas tanah2 rakyat Palestine untuk dibangunkan penempatan haram. Walaupun Mahkamah Antarabangsa telah mengeluarkan kenyataan bahawa penempatan haram Israel di atas tanah rakyat Palestine adalah melanggar undang2 antarabangsa.








No comments:
Post a Comment