Saturday, 10 August 2024

Hari ke-222 di tahun 2024

 Salam Jumaat yang penuh keberkatan.

Hari Jumaat 9 Ogos bersamaan 4 Safar.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Di kala anak teruna sulong pulang dari sekolah pada tengahari, anak CikYong ini mengadu berasa panas badan seperti demam. Selepas pulang dari masjid menunaikan solat Jumaat, beliau tertidur di kerusi malas sehingga melewati waktu Asar.

Pada sebelah pagi, usai bersarapan nasi lemak di rumah, CikYong dan suami pergi ke rumah bonda. Semenjak dua minggu yang lepas, kami cuba meluangkan masa di setiap pagi Jumaat untuk mengemas laman rumah bonda. Kami juga menjaga pokok2 bunga bonda yang berada di hadapan rumah dan di garaj kereta. Hari ini CikYong menambah tanah baja organik dan juga merumput di pasu2 pokok bunga. Suami pula mengemas di bahagian garaj, mengumpul barang2 yang telah rosak dan usang yang terbiar.

Kami pulang sebelum waktu anak2 keluar sekolah. Dalam perjalanan pulang, kami singgah membuang sampah2 yang yelah dikumpulkan berserta dua plastik sampah besar berisi rumput rampai. Oleh kerana tidak sempat untuk menyediakan juadah tengahari, suami belikan sahaja lauk pauk di kedai.

Di sebelah petang, CikYong menyambung lukisan bunga melur. Selepas Asar, hujan telah turun dengan agak lebat. Di waktu hampir kepada tamat persekolahan sekolah agama anak teruna kedua, suami menyusul ke sekolahnya. Ada kemungkinan hujan semakin lebat yang menyebabkan anak teruna kedu tidak dapat berbasikal pulang ke rumah. Alhamdulillah di ketika sekolah tamat, hujan telah pun sedikit reda, membolehkan anak teruna kedua CikYong berkayuh pulang ke rumah.

Hari ke-307 perang di Palestine 🇵🇸.

Bumi Palestine masih lagi diasak dengan bom oleh negara pengganas Israel.

Rakyat Palestine masih lagi menanggung penderitaan tiada tempat berlindung yang selamat dari diserang oleh Israel. 

Sekatan bantuan masih lagi disekat. Keperluan asas sukar diperolehi.

Hospital dibom, sekolah dibom, pasar dibom, rumah dibom.

Doktor terkorban, paramedik terkorban, petugas pertahanan terkorban, wartawan terkorban, ahli keluarga suami, isteri, anak2 terkorban.

Negara2 arab masih berdiam diri. Negara2 arab masih bermesyuarat.

ICJ hanya boleh mengeluarkan arahan yang tidak mampu direalisasikan.

PBB diam membatu.

Pemimpin2 negara Islam yang lain hanya bersuara menyatakan bantahan, tanpa sebarang tindakan.

Tentera2 dari negara Islam tidak boleh dihantar untuk membantu Palestine.

Namun tentera IDF terdiri daripada pelbagai warganegara dari serata dunia.

Apa akan terjadi kepada dunia ini?

















No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...