Salam pagi yang diberkati. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Hari Sabtu 17 Ogos bersamaan 12 Safar.
CikYong dan keluarga masih lagi di rumah adik ipar CikYong. Semua adik beradik suami dan keluarga masing2 telah berada di sini kecuali dua orang adik lelaki (no.3 dan no.5). Adik no.3 telah pulang ke rumahnya selepas pengkebumian semalam. Adik no.5 pula akan datang lewat hari ini.
Hari ini kami adik beradik suami membantu adik ipar apa yang perlu. Kami bergotong royong menbersihkan rumah adik ipar. Kami sibuk mengemas sepanjang hari. Kami juga menerima kunjungan dari anak2 arwah, jiran dan juga rakan2 arwah.
Adik ipar no.2 memasak kari ayam, tumis kobis, ikan masin goreng dan sambal belacan untuk makan tengahari kami beramai-ramai.
Sebelah petang, adik no. 8 pulang ke rumahnya di kampung. Pada lewat petang, adik no.7 pula pulang ke rumahnya di ibukota. Anak bongsu beliau pula kurang sihat demam.
Pada sebelah malam, diadakan majlis tahlil di masjid yang arwah pernah bertugas sebagai siak sebelum atwah berhenti disebabkan masalah kesihatan. Kesemua ahli keluarga pergi menghadiri tahlil kecuali bonda dan CikYong. Bonda dan CikYong hanya tinggal di rumah. CikYong tidur lebih awal pada malam ini berbanding malam semalamnya di mana CikYong tidur begitu lewat.
Hari ke-316 perang di Palestine 🇵🇸.
Perang masih lagi berterusan di Palestine merangkumi Gaza dan Tebing Barat.



No comments:
Post a Comment