Assalamualaikum hari Ahad yang diberkati. Semoga apa sahaja urusan hari ini berjalan lancar dan dimanfaatkan.
Hari Ahad 25 Ogos bersamaan 19 Safar.
Pada sebelah pagi, CikYong bersama dengan anak2 menghadiri kelas lukisan mingguan kami. Hari ini anak2 melukis bendera Malaysia dan melukis gambar tangan yang diwarnakan gambar bendera di atasnya. CikYong pula melukis gambar bunga di pergunungan. Seperti biasa, lukisan ini perlu CikYong bawa pulang untuk disiapkan di rumah.
Alhamdullillah rambutan yang diposkan kepada adik CikYong telah selamat tiba di rumah adik CikYong.
Pada sebelah petang selepas waktu Asar, berlaku kemalangan di hadapan rumah CikYong. Rumah CikYong yang berada di tepi jalan yang sibuk, dipisahkan oleh parit kecil diantara rumah dan jalanraya. Ketika terdengar bunyi dentuman yang kuat, dimasa itu CikYong sedang bersolat Asat. Usai solat, CikYong terus ke hadapan rumah untuk melihat apa yang berlaku. Sebuah kereta telah terbabas melintas lorong disebelahnya menuju ke parit di hadapan rumah CikYong. Kemungkinan pemandu telah menarik stering kereta ke arah berlawanan apabila menyedari beliau telah terbabas. Kereta dapat mengelak dari memasuki parit, namun kereta terlanggar tiang telefon/internet si tepi jalan dan kereta terberhenti di antara tiang dan sebatang pokok kelapa yang berada bersebelahan tiang tersebut.
Pintu pemandu kemek dan terhadang oleh batang pokok kelapa. Bahagian hadapan kereta remuk tersangkut di tiang telefon. Tiang tersebut telah patah tetapi masih lagi tegak dan tidak tumbang. Dari dalam kereta, keluar pemandu seorang ibu bersama tiga orang anaknya yang masih lagi kecil anggaran umur di dalam lingkungan 6-12 tahun. Anak2 ibu tersebut menangis disebabkan sakit dan terkejut. Anak perempuannya yang merupakan paling tua di antara tiga orang anak tersebut, menangis sambil mengadu kesakitan di kepalanya. Sementara seorang lagi adik lelakinya, kelihatan berdarah di bibirnya. Ibu dan seorang lagi anaknya kelihatan tidak cedera. Tidak lama kemudian, sebuah kereta tiba, yang merupakan saudara mara kepada mangsa, membawa mangsa 4 beranak rersebut ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Kereta tersebut dibiarkan dahulu di tempat kejadian.
Hari ke 324 perang di Palestine 🇵🇸.
Kebenaran pasti akan menang. Kejahatan akan di hancurkan. Bumi Palestine pasti akan merdeka. Kerajaan negara haram Israel pasti akan berkubur. InsyaAllah.







No comments:
Post a Comment