Sunday, 4 August 2024

Hari ke-216 di tahun 2024

 Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udara di dunia ini.

Hari Sabtu 3Ogos bersamaan 28 Muharram.

Hari cuti hujung minggu buat anak2 CikYong. Anak teruna kedua menghadiri kelas tambahan di sekolah agamanya. Beliau juga mempunyai kelas tambahan secara dalam talian bersama ustaz sekolah agamanya untuk mata pelajaran Sirah. Kelas tersebut diadakan pada sebelah malam.

Pada sebelah petang, CikYong mengajar anak teruna sulong memasak cupcake coklat kegemarannya. Alhamdulillah cupcake coklat berjaya dihasilkan. Namun menurut anak2 CikYong, cupcake yang dihasilkan berasa kurang manis daripada yag biasa. Walau bagaimanapun diharapkan daripada ilmu yang diturunkan, semoga anak CikYong memperoleh sesuatu yang bermanfaat buat dirinya dan orang disekelilingnya. Mungkin selepas ini, beliau boleh membuat sendiri cupcakenya. 

Usai mengajarnya, CikYong menyambung menggoreng pisang. Dua hari yang lepas, jiran memberi kami tiga sikat pisang nangka. Hari ini CikYong menggoreng beberapa biji pisang nangka yang telah pun masak. Untuk yang selainnya, mungkin esok atau lusa bolehlah digoreng pisang2 yang telah masak yang lain.

Perang Palestine 🇵🇸 untuk hari ke-301.

Serangan demi serangan di lakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestine dj Gaza dan juga di Tebing Barat. Hari ini merupakan hari solidariti Gaza dan tahanan rakyat Palestine oleh pengganas Israel, sebagaimana wasiat al Syahid Ismail Haniyeh.










No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...