Assalamualaikum pagi yang dingin dan mendung. Semoga sesuatu yang bermanfaat dapat dipelajari ada hari ini.
Hari Selasa 20 Ogos bersamaan 15 Safar.
Tangan kiri CikYong masih lagi terasa sakit. Cuma sakitnya telah berkurangan berbanding dengan semalam.
Pagi ini, suami belikan nasi lemak untuk bekal anak2 ke sekolah. CikYong tidak menyediakan bekal hari ini disebabkan tangan CikYong masih lagi sakit.
Suami juga belikan bihun goreng sebagai sarapan pagi kami. Pada sebelah pagi, CikYong meminta tolong dari suami untuk mencantas pokok bunga kertas di tepi rumah. Pokok bunga kertas telah tumbuh menghala ke lorong ditepi rumah CikYong yang mengganggu kenderaan yang lalu lalang di lorong.
Di sebelah petang, oleh kerana sakit di tangan telah berkurangan, CikYong menyambung semula menulis untuk latihan bahasa arab. Namun di ketika CikYong menulis pada mukasurat yang kedua, kesakitan di tangan CikYong bertambah semula. Maka CikYong terpaksa berhenti dan latihan perlu ditangguhkan ke masa yang lain pula.
Petang ini cuaca mendung dan diikuti dengan hujan. Selepas Asar, anak teruna sulong keluar bermain badminton bersama kawannya.
Hari ke-319 perang di Palestine 🇵🇸.
Amerika dan Israel cuba memanjangkan perbincangan damai dan pada masa yang sama terus menerus mengebom Gaza. Mungkin Amerika dan Israel berharap lebih panjang masa yang diambil akan menguntungkan mereka. Padahal dari sehari ke sehari perang ini berlanjutan, ianya hanyalah merugikan Israel. Israel semakin merundum dari pelbagai segi.












No comments:
Post a Comment