Saturday, 17 August 2024

Hari ke-229 di tahun 2024

 Salam Jumaat yang diberkati.

Hari Jumaat 16 Ogos bersamaan 11 Safar.

Hari ini CikYong menerima satu berita yang menyedihkan. Suami adik ipar (adik suami yang ke-4) telah kembali menemui Maha Pencipta. Selepas solat Zohor kami bergerak ke rumah adik ipar di bandar. Setibanya di rumah, jenazah masih berada di rumah. Arwah telah jatuh di rumah semasa mahu menjamah roti di meja makan. Kesihatan arwah telah merosot semenjak dari awal tahun lagi. Jantungnya hanya mempunyai kapasiti 20% dan buah pinggangnya telah rosak pada tahap 4.

Selepas Asar, van jenazah tiba untuk membawa jenazah ke surah di kariah taman perumahannya untuk di mandikan dan di solatkan selepas Maghrib. Jenazah di kebumikan di tanah perkuburan yang berdekatan selepas Maghrib.


Hari ke-315 perang di Palestine 🇵🇸.








No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...