Assalamualaikum pagi yang diberkati. Semoga hari ini membawa seribu kebaikan dan dijauhkan seribu kejahatan.
Hari Ahad 18 Ogos bersamaan 13 Safar.
CikYong dan keluarga masih lagi berada di rumah adik ipar. Adik beradik suami juga ada lagi yang masih berada di rumah adik ipar. Pada sebelah pagi, adik no. 5 tiba di rumah adik ipar.
Selepas makan tengahari, seorang demi seorang mula bergerak pulang ke rumah masing2. CikYong dan keluarga bersama bonda dan anak saudara merupakan yang terakhir bergerak pulang. Maka tinggallah adik ipar bersama2 dua orang anak daranya. Suatu kehidupan baru tanpa peneraju dari ketua keluarga. Hidup harus diteruskan. Semoga adik ipar CikYong tabah mengharungi hari2 mendatang dan dikurniakan kelapangan di dalam segala urusan. Amin amin ya rabbal alamin.
Hari ke-317 perang di Palestine 🇵🇸.
Para pejuang tetap teguh mempertahankan bumi Palestine.






No comments:
Post a Comment