Tuesday, 27 August 2024

Hari ke-239 di tahun 2024

 Assalamualaikum pagi Isnin yang indah.

Hari Isnin 26 Ogos bersamaan 20 Safar.

Pagi ini bonda dan adik ipar datang bersarapan di rumah CikYong. Tiada apa yang CikYong sediakan, hanya ada nasi lemak berbaki daripada bekal anak2 ke sekolah. Adik ipar telah siap membeli sarapan yang dibawanya ketika datang ke rumah CikYong. Kami bersarapan bersama2. Usai bersarapan, adik ipar dan bonda singgah di rumah mak saudara yang terletak selang empat rumah dari rumah CikYong untuk bersua dan bertanya khabar. Sebelum pulang, suami sempat mengait rambutan untuk diberikan kepada bonda dan adik ipar.

Hari ini CikYong menghantar tiga buah lukisan bunga CikYong ke galeri lukisan di perpustakaan. Alhamdulillah guru lukisan CikYong merangkap perpustakawan di perpustakaan awam di tempat CikYong sudi meletakkan lukisan CikYong di galeri tersebut.

Cuaca di sebelah hujan. Alhamdulillah di ketika anak teruna kedua pulang dari sekolah, hujan telah pun reda. Suami dan anak teruna sulong bermain badminton di laman untuk sekadar mengeluarkan peluh. Cimb pula menyambung lukisan cawan dan pasu bunga.

Bekalan elektrik di rumah CikYong dan di sekitar kampung terputus di waktu lewat petang. Alhamdulillah sebelum waktu Maghrib, bekalan elektrik telah kembali ada seperti sedia kala. 

Hari ke-325 perang di Palestine 🇵🇸.

Di hari ke-325, para pejuang tetap teguh mempertahankan bumi Palestine.




















No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...