Monday, 12 August 2024

Hari ke-224 di tahun 2024

 Assalamulaikum pagi yang diberkati dengan turunnya hujan pagi. Semoga hari ini dikurniakan rahmat seperti hari2 yang sebelumnya.

Hari Ahad 11 Ogos bersamaan 6 Safar.

CikYong menghadiri kelas lukisan bersama dengan anak2 CikYong. Di kelas lukisan terdapat beberapa orang lagi pelajar2 cilik dan juga seorang pelajar remaja. Pelajar remaja tersebut turut mengikuti kelas mewarna menggunakan akrilik. Hari ini CikYong melukis secangkir teh bersama sekuntum bunga di dalam pasu bunga. Anak2 pula melukis seekor kucing.

Usai kelas lukisan, kami singgah sebentar di hipermarket yang terletak di pertengahan di antara tempat kelas lukisan dan rumah. Kami membeli serba sedikit keperluan rumah. CikYong terjumpa buah strawberi lalu CikYong membelinya. Telah lama CikYong mencari buah strawberi untuk CikYong buatkan kek keju strawberi. Alhamdulillah hari ini direzekikan untuk membuatnya. Anak teruna kedua telah meminta CikYong untuk membuatnya semenjak beberapa minggu yang lepas. Hasrat untuk menyantuni permintaan anak CikYong tersebut terpaksa CikYong tangguhkan sebelum ini disebabkan bahan utamanya sukar didapati. Akhirnya hari ini direzekikan bertemu dengan buah strawberi ini.

Pada sebelah petang, CikYong di dapur menekuni menyediakan kek keju strawberi versi tanpa dimasak.

Hari ke-309 perang di Palestine 🇵🇸.

Rakyat Palestine diarahkan berpindah lagi. Kali ini di timur Khan Younis, Israel telah mengarahkan agar rakyat Palestine berpindah sebelum mereka mengebom di kawasan tersebut. Telah berkali2 Israel melakukan sesuka hati terhadap nasib rakyat Palestine.

Nasib rakyat Palestine di tahanan2 Israel masih lagi tidak terbela. Gesaan agar kem2 tahanan yang melakukan penderaan yang tidak masuk di akal ditutup semakin giat dilakukan oleh pengamal2 undang2, saluran media seperti Al Jazeera, negara2 pro Palestine. Usaha harus digembleng bersama agar tekanan yang lebih hebat dapat dikenakan terhadap Israel.









No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...