Assalamualaikum pagi yang indah. Semoga hari ini dikurniakan kerahmatan dan keberkatan di dalam kehidupan.
Hari Isnin 5 Ogos bersamaan 30 Muharram.
Hari ini anak teruna sulong ada temujanji dengan doktor orthodontik nya. Sebenarnya temujanji asal adalah sebulan lagi, tapi disebabkan palatel extender nya telah terpatah, maka perlu dibuat temujanji segera. Setelah diperiksa oleh doktor, tidak perlu untuk dibuat extender blok yang baru kerana hanya tinggal sebulan sahaja lagi sebelum masuk ke fasa seterusnya. Oleh kerana itu, untuk sebulan yang akan datang ini, beliau tidak perlu memakai extender tersebut.
Anak teruna kedua pula, sepatutnya perlu menghadiri temujanji di klinik ENT pada hari ini. Suami pula terlupa akan temujanji tersebut. Oleh kerana itu, tarikh baru diberikan untuk temujanji seterusnya.
Di sekolah anak teruna sulong, hari ini merupakan hari terakhir pengetua sekolahnya sebelum bersara. Terdapat majlis perpisahan di adakan.
Pada sebelah petang CikYong menyambung lukisan bunga melur.
Kehidupan di dunia ini tidak memerlukan kita untuk berlumba2 menyibukkan diri untuk mengumpul harta sehingga kita mengenepikan tuntutan agama. Rezeki telah ditentukan untuk setiap manusia. Manusia memang perlu mencari rezeki,namun tidak perlu mengejar rezeki.
Hari ke-303 perang di Palestine 🇵🇸.
Perjuangan tetap diteruskan. Tentangan para pejuang diperhebatkan. Kekejaman Israel mendera rakyat Palestine yang ditahan masih lagi berlanjutan.







No comments:
Post a Comment