Friday, 23 August 2024

Hari ke-234 di tahun 2024

 Salam pagi yang penuh keberkatan.

Hari Rabu 21 Ogos bersamaan 16 Safar.

Hari ini CikYong mengikuti kursus pengurusan jenazah yang di adakan di masjid di pekan. Kursus ini dihadiri oleh sekitar dua ratus peserta dimana kira2 tiga per empat merupakan kaum hawa. Kursus dimulai dengan ceramah oleh ustaz jemputan berkaitan kepentingan mengurus jenazah. Usai ceramah, kumpulan peserta di asingkan di antara kaum adam dan kaum hawa. Ustaz jemputan meneruskan kursus secara praktikal bersama peserta2 kaum Adam. Seorang lagi ustazah jemputan mengendali kursus praktikal bersama peserta2 kaum hawa.

Di sesi praktikal, di tunjukkan cara2 menyediakan kain kafan dan disusuli dengan cara2 memandikan jenazah. Untuk kumpulan kaum hawa, patung digunakan semasa demonstrasi mandi jenazah. Bagi kaum adam pula, menggunakan orang sebenar. Selesai mandi jenazah, ditunjukkan pula cara2 mengkafankan jenazah. Kali ini, menggunakan orang sebenar sebagai model jenazah.

Kursus berakhir pada tengahari. Suami datang mengambil CikYong di masjid dan kami terus ke rumah bonda. Kami bersolat di rumah bonda sebelum pergi mengambil anak teruna sulong di sekolah. Setiba di rumah, tiada air keluar dari paip. CikYong juga ada terbaca mesej2 di dalam wassap group sekolah anak, ada ibu2 yang memberitahu akan ketiadaan air di rumah masing2 yang tinggal di sekitar sekolah dan kampung CikYong ini.

Setelah suami mengambil anak teruna kedua pulang dari sekolah, barulah air ada kembali.

Selepas Asar, anak teruna sulong keluar pergi ke rumah kawannya untuk bermain badminton.

Tangan kiri CikYong masih lagi sakit di ketika CikYong bangun pagi. Alhamdulillah menjelang ke hujung hari, kesakitan tersebut telah pun berkurangan.

Hari ke-320 perang di Palestine 🇵🇸.

Pembunuhan rakyat Palestine terus berlaku. Hamas telah mengeluarkan surat terbuka kepada ulama2 dan para ilmuwan agama. Setelah membaca surat tersebut, CikYong berasa sungguh tidak terdaya mengenangkan begitu lemahnya umat Islam di ketika ini. CikYong ingin melakukan sesuatu untuk membantu, tetapi CikYong tidak tahu bagaimana. Begitu lemahnya iman CikYong. Tiada apa yang boleh CikYong lakukan. Ya Allah kurniakanlah kekuatan buat diri ini dan umat Islam sejagat di dalam usaha kami untuk berjihad di jalan mu ya Allah. Kami memohon keampunan di atas segala dosa2 kami yang bertimbun2 banyaknya.











No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...