Friday, 23 August 2024

Hari ke-235 di tahun 2024

 Assalamualaikum hari yang bahagia.

Hari Khamis 22 Ogos bersamaan 17 Safar.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Hari ini anak teruna sulong memaklumkan perihal pencapaian peperiksaan pertengahannya yang lalu. Keputusan beliau semakin merosot. Kerisauan CikYong bertambah2 memikirkan kurangnya keseriusan anak dalam menuntut ilmu. Kelekaan anak terhadap gadget membuatkan kurangnya masa diluangkan untuk mengulangkaji ilmu. 

Panjang berjela juga CikYong menasihati anak CikYong perihal memotivasikan diri sendiri untuk merubah sikap agar memperbaiki diri dalam menuntut ilmu. Harapan CikYong agar anak mempunyai keinginan dan kekuatan untuk menuntut ilmu dan mengurangkan masa dengan permainan ‘e-game’nya.

Tidak dapat CikYong nafikan CikYong kecewa dengan sikap anak teruna sulong yang tidak mahu bersungguh2 mempelajari ilmu. CikYong sentiasa berdoa agar Allah membuka pintu hatinya agar mahu memperbaiki diri menjadi seorang yang bertanggung jawab terhadap diri sendiri dan agamanya.

Hari ke-321 perang di Palestine 🇵🇸.














No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...