Assalamualaikum, salam Jumaat yang diberkati…
Hari Jumaat 27 September bersamaan 23 Rabiatul Awal.
Seawal pagi sebelum ke sekolah, anak teruna sulong CikYong sibuk menyediakan pakaian dan barangan keperluan kendiri untuk perkemahan. Di tengahari, setelah beliau pulang dari sekolah, beliau menyemak semula senarai barang keperluan yang perlu dibawa. Selepas pulang dari solat Jumaat, suami menghantar anak CikYong ke sekolahnya. Dari sekolahnya, beliau dan rakan2 KRSnya akan menaiki bas sekolah dan di hantar ke sekolah menengah S yang juga berada di daerah ini. Perkhemahan KRS diadakan selama 3H2M di sekolah tersebut.
Anak teruna kedua menghadiri sekolah pagi dan petangnya seperti biasa.
Pagi ini CikYong mengambil keputusan untuk meneruskan perancangan CikYong untuk menghadiri majlis akad nikah sahabat lama yang akan diadakan di ibukota pada esok hari. CikYong membeli tiket keretapi ETS untuk perjalanan pergi dan balik.
Di sebelah petang, CikYong pergi ke perpustakaan untuk mengambil lukisan CikYong yang telah dipasangkan bingkai. Cikgu lukisan CikYong membantu untuk menghantarkan tiga buah lukisan CikYong ke kedai bingkai. Alhamdulillah ianya telah pun siap. Pada masa yang sama, CikYong juga memulangkan dan meminjam buku.
Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-357.
Nethanyahu dibenarkan berucap di PBB. Telah terang dan nyata, PBB adalah boneka Amerika dan sekutunya. Pemimpin negara pengganas Israel yang sepatutnya dikeluarkan waran tangkap oleh ICJ namun sebaliknya berlaku. Beliau dengan sewenang2nya mewawarkan segala bentuk penipuan bagi menutup segala tindak tanduk kekejaman Israel terhadap Palestine.




















































