Monday, 2 September 2024

Hari ke-245 di tahun 2024

 Assalamualaikum pagi yang hening. CikYong terjaga dari tidur disebabkan batuk yang kuat. Batuk berkahak berulang kali menyebabkan rasa kurang bersemangat untuk bangkit dan menuju ke bilik air.

Hari Ahad 2 September bersamaan 26 Safar.

Suami belikan roti canai, mee goreng dan bihun goreng sebagai sarapan kami sekeluarga. 

Pada sebelah pagi, CikYong dan anak2 pergi ke kelas seni. Hari ini CikYong memulakan lukisan baru bertemakan air terjun. Anak teruna sulong juga ikut serta seperti CikYong iaitu melukis air terjun cumanya beliau hanya mahu melukis menggunakan pensel sahaja. Anak teruna kedua pula membuat stensil untuk menulis nama di atas baju-T. 

Usai kelas seni selesai, kami menghantar anak saudara (anak adik ipar no.8) pulang ke rumah bonda. Adik ipar sedang memasak hidangan makan tengahari. Adik ipar meminta kami menunggu sehingga beliau selesai memasak. Beliau ingin memberi sedikit daripada lauk yang dimasak kepada kami. Alhamdulillah di atas rezeki yang dilimpahi.

Pada sebelah petang, CikYong menyambung mewarna lukisan.

Beberapa hari kebelakangan ini, CikYong batuk dan selsema. Keadaan kurang selesa dan terasa sedikit kepenatan.


Perang di Palestine telah memasuki hari ke-331.













No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...