Tuesday, 10 September 2024

Hari ke-253 di tahun 2024

 Assalamualaikum hari yang diberkati.

Hari Isnin 9 September bersamaan 5 Rabiatul Awal.

Hari persekolahan namun kedua2 anak CikYong tidak bersekolah hari ini. 

Anak teruna sulong mempunyai temujanji dengan doktor orthodontik. Hari ini anak CikYong tidak mahu pergi ke sekolah kerana jika beliau ke sekolah, beliau perlu mendapatkan kebenaran untuk keluar sebentar untuk ke temujanji. Walau bagaimanapun, keputusan tersebut ada betulnya. Pada temujanji ini, ianya berlarutan hingga ke petang. Jika beliau ke sekolah, beliau perlu kembali semula ke sekolah setelah selesai temujanji. Namun hari ini, temujanjinya melewati waktu sekolah. Hari ini doktor membuat persediaan untuk memasuki fasa ke dua iaitu braces. Doktor mengambil gambar bahagian mula dan mengambil acuan di dalam mulut. CikYong dan anak kemudiannya perlu ke jabatan x-ray di hospital untuk mengambil x-ray bahagian mulut termasuk gigi dan rahang. Gambar x-ray di simpan di dalam cd dan cd tersebut perlu di bawa ke kedai gambar. Di kedai gambar pula, perlu dicetak gambar x-ray tersebut ke atas kertas. Setelah selesai, cd dan gambar yang telah dicetak dihantarkan ke klinik gigi orthodontik. Temujanji seterusnya ditetapkan iaitu pada bulan hadapan.

Anak teruna kedua pula masih lagi belum sembuh akan sakit matanya. Dua tiga malam berturut2 beliau tidak dapat tidur dengan lena disebabkan sakit mata dan kepalanya. Pagi ini, suami temankan anak CikYong ini pergi berjumpa doktor di klinik mata. Di tengahari, barulah selesai urusan di klinik mata. Doktor menyarankan agar diteruskan pemakaian ubat yang seperti telah diberikan pada pertemuan dengan doktor yang sebelumnya.


Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-339.

Dikongsikan di media sosial akan kisah syahid seorang warga Jordan Mahir Al Jazi yang menembak mati tiga orang Israel di Jambatan Hussien yang menghubungkan Tebing Barat ke Jordan. Tindakan berani Syahid Mahir di sanjung diraikan oleh rakyat Jordan dan Palestine sebagai lambang penentangan terhadap penjajah Israel.







No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...