Assalamualaikum pagi yang tenang dan damai. Semoga sesuatu yang bermanfaat dapat lakukan pada hari ini untuk keperluan agama dan masyarkat.
Hari Ahad 22 September bersamaan 18 Rabiatul Awal.
Pagi ini kedapatan anak kucing melempiaskan hasil buangannya di lantai ditepi kereta. CikYong tiada pilihan selain membersihkan lantai di pagi hari ini. Di rumah CikYong terdapat seekor ibu kucing dan dua ekor anak2nya. Kucing2 ini kami berikan makanan di lantai luar rumah. Kami hanya benarkan kucing2 ini berada di luar rumah sahaja dan tidak kami benarkan memasuki ke dalam rumah. Si ibu telah memahami bahawa urusan menyahtinja hanya di tanah dan bulan di lantai. Namun anak2 kucing masih belum memahami peraturan tidak bertulis ini. Salah seekor anak kucing itu pula kelihatan kurang sihat, badannya yang kurus kering dan matanya pula sakit. Seekor lagi pula agak takut pada orang.
Pagi ini CikYong dan anak2 pergi ke kelas seni. Hari ini lokasi kelas berpindah ke kantin sekolah rendah yang berdekatan dengan rumah cikgu. Hari ini kami melukis gambar bot nelayan. Anak2 melukisa dan mewarna menggunakan pensel warna. Sementara CikYong dan seorang lagi pelajar dewasa melukis menggunakan akrilik di atas kanvas. Di dalam masa dua jam, CikYong hanya sempat melakar dan mewarna lapisan asas sahaja. CikYong perlu menyambungnya di lain masa di rumah nanti. InsyaAllah.
Hari ini adik ipar berkongsi juadah makan tengahari yang dimasaknya. Kari ikan dan sambal udang petai. CikYong menggoreng isi ayam tepung dan menumis kobis. Anak2 CikYong dan anak saudara menjamu selera terlebih dahulu. CikYong dan suami makan lewat sedikit kerana masih lagi terasa kenyang.
Di sebelah petang, suami hantarkan anak saudara pulang ke rumahnya. Esok merupakan hari persekolahan setelah seminggu bercuti.
Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-352.
Serangan masih lagi dilakukan oleh Israel terhadap Palestine dan juga Lebenon. Gambar2 cebisan daging dan anggota badan manusia begitu meruntun jiwa melihatnya. Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk berjihad di jalan Mu ya Allah.




No comments:
Post a Comment