Friday, 6 September 2024

Hari ke-248 di tahun 2024

 Asslaamualaikum kepada semua umat Islam di seluruh  dunia. Semoga sesuatu yang berkesan dapat dilakukan untuk mengakhiri kekejaman penindas terhadap umat Islam.

Hari Rabu 4 September bersamaan 29 Safar.

Hari ini anak teruna kedua terlibat di dalam persembahan bersempena dengan kemerdekaan. Beliau diberikan watak sebagai seorang pegawai penjajah. Menurut beliau lakonanya hanya sekejap sahaja.

Batuk CikYong masih lagi tidak ada kurangnya. Terasa keletihan akibat dari batuk yang kerap berulang. CikYong cuba juga menyambung lukisan, namun hanya dapat melakar sebentar sahaja. Batuk yang berterusan menyebabkan CikYong tidak dapat meneruskannya.

Perang di Palestine telah memasuki hari ke-334.

Berita perihal serangan Israel di Tebing Barat banyak dipaparkn di media sosial. Israel menambah serangan dan juga menahan rakyat Palestine di Tebing Barat. Semoga Allah melindungi umat Islam di Palestine dan di seluruh dunia. Amin amin ya rabbal alamin.





No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...