Assalamualaikum pagi yang tenang dan indah. Semoga hari ini lebih baik dari hari2 yang sebelumnya.
Hari Khamis 5 September bersamaan 1 Rabiatul Awal.
Hari ini anak teruna kedua CikYong tidak pergi ke sekolah. Sakit matanya datang lagi. Mata beliau sakit apabila melihat kepada cahaya yang terang. Sakit matanya juga menyebabkan beliau sakit kepala. Pada mulanya, suami ingin membawanya ke hospital tetapi ditangguhkan kerana sakitnya telah berkurangan.
Anak teruna kedua hadir ke sekolah petangnya. Suami menghantarnya ke sekolah dan tidak benarkannya berbasikal.
Sementara itu batuk CikYong masih lagi tidak berkurangan. CikYong juga mengurangkan aktiviti harian disebabkan terasa lemah akibat dari batuk yang agak teruk. CikYong mencuba juga membuat latihan bahasa arab, namun CikYong tidak dapat menyiapkannya disebabkan batuk mengganggu konsentrasi CikYong.
Selepas Asar, anak teruna sulong bersama kawan2 sekolahnya menyewa gelanggang badminton di pusat sukan berbayar. Hari ini mereka bermain sehingga menambah tempoh slot masa sewaan gelanggang.
Hari ini CikYong tidak menyambung lukisan disebabkan keadaan CikYong yang kurang sihat.
Perang di Palestine telah memasuki hari ke-335.
Satu posting yang menyentap kesedaran akan hakikat keberadaan umat Islam di zaman ini. Inilah masanya untuk umat Islam berjihad. Zaman kegemilangan umat Islam telah lama berakhir. Umat Islam hari ini perlu bangkit bagi mempertahankan kesucian Islam.
Kini masjid dirobohkan, Al Quran dikoyak dan dibakar, saudara seIslam dibunuh sesuka hati oleh pembenci2 Islam, namun umat Islam hanya mampu melihat dan menangisi. Malah ada yang tidak mempunyai sebarang perasaan apabila agama Islam dihina dan dicerca. Bangkitlah! Berjihadlah!











No comments:
Post a Comment