Assalamualaikum pagi yang dibasahi dengan air hujan yang penuh dengan rahmat mengiringinya.
Hari Selasa 24 September bersamaan 20 Rabiatul Awal.
Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Anak2 hadir ke sekolah seperti biasa. Pada sebelah petang, anak teruna sulong pergi ke sekolah untuk menghadiri latihan KRS.
Di sebelah pagi, CikYong dan suami keluar berbasikal di kawasan sawah padi yang berdekatan dengan rumah. Setelah lebih sebulan CikYong tidak berkayuh, hari ini CikYong mengajak suami untuk berbasikal. Oleh kerana sakit urat di belakang tengkuk suami masih lagi belum hilang, kami hanya berkayuh di laluan yang lebih pendek dari kebiasaan.
Setiba di rumah, CikYong terus menggoreng nasi untuk sarapan pagi. CikYong kemudiannya menjenguk pepokok bunga yang telah merendang. CikYong mencantas mana yang perlu agar tidak mengganggu laluan lorong di tepi rumah.
Di sebelah petang, CikYong menyambung lukisan bunga tasbih.
Di sebelah malam, CikYong menyiapkan kerja rumah bahasa arab untuk pelajaran 37&38 dan juga kerja rumah kelas bahasa arab bersama ustazah.
Hari ini CikYong menerima berita sedih. Salah seorang ustaz dari Warisan Ummah telah kembali ke rahmatullah. Berita kematian yang secara tiba2 ini sungguh menyentuh hati.
Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-354.
Lubnan secara rasmi telah memasuki perang terhadap Israel.












No comments:
Post a Comment