Friday, 20 September 2024

Hari ke-263 di tahun 2024

 Assalamualaikum hari yang dirahmati. Semoga segala kebaikan diganjari di sepanjang hari ini dan hari2 yang mendatang.

Hari Khamis 19 September bersamaan 16 Rabiatul Awal.

Hari ini anak teruna kedua mempunyai temujanji doktor di klinik mata. Suami menemaninya ke hospital. Alhamdulillah hari ini temujanjinya selesai lebih awal dari kebiasaannya. Doktor menyarankan lebih kerap dicuci mata dan juga mata perlu dituam 2-3 kali sehari. Ubat mata tambahan juga diberikan untuk masalah alegik.

Hari ini CikYong menjenguk pokok2 bunga yang telah hampir seminggu di tingggalkan. Pokok bunga ros kembali berbunga walaupun masih belum sebanyak sebelumnya. Anak pokok cili semakin besar. Begitu juga pokok2 kunyit. Bunga melur hanya berbunga sedikit sahaja.

Hari ini CikYong juga banyak membasuh kain baju. Maklumlah baru pulang dari bermusafir. Di sebelah petang, CikYong bersama suami pergi ke bengkel untuk mengambil kereta yang telah siap dibaiki. Kereta kami telah kami hantar ke bengkel pada sehari sebelum kami bertolak ke ibukota tempoh hari. Beberapa bahagian kereta yang rossk perlu diganti. Kami telah meminjam kereta suami adik ipar (no.8) ketika kami bermusafir ke ibukota tempoh hari.


Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-349.

PBB mengadakan undian untuk melaksanakan keputusan ICJ bagi menamatkan pendudukan haram Israel terhadap Palestine. 123 negara telah menyokong. Namun Amerika menggunakan kuasa vetonya.
















No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...