Salam pagi yang tenang dan mendamai. Semoga ianya melimpah memasuki hati2 manusia yang masih meneruskan kelansungan hidup di dunia ini. Bagi yang telah pergi, semoga tenang dan damai juga disana.
Hari Selasa 3 September bersamaan 28 Safar.
Pagi ini CikYong pergi ke klinik kesihatan di pekan. Batuk CikYong yang telah berlarutab selama enam hari tidak menunjukkan sebarang tanda ianya berkurangan.
Di klinik kesihatan, seperti biasa sentiasa sibuk. Ianya dikunjungi oleh pelbagai peringkat masyarakat setempat yang ingin mendapatkan khidmat kesihatan yang dibiayai oleh kerajaan. Pada masa yang sama, perlu juga dipuji akan khidmat yang diberikan oleh petugas2 kesihatan adalah yang terbaik walaupun beban tugas mereka begitu banyak.
Oleh kerana batuk CikYong telah menghampiri seminggu, CikYong diarahkan untuk membuat x-ray dan diambil darah untuk diperiksa. Hasil keputusan dari x-ray tidak begitu baik. Menurut doktor yang memeriksa, gambaran x-ray paru2 tidak berapa cantik. Sample kahak diambil. CikYong juga diarahkan untuk menghantar sample kahak untuk dua hari yang berikutnya. Keputusan ujian darah pula menunjukkan bacaan sel darah merah kurang dari julat bacaan yang normal. Doktor memberi transkipsi pil tambahan zat besi yang perlu dimakan setiap hari. Doktor juga memberi antibiotik, ubat selsema, ubat cair kahak, paracetamol, ubat batuk dan ubat kumur.
Hari ini di rumah, CikYong kurang membuat kerja rumah disebabkan rasa kepenatan akibat dari batuk yang agak teruk.
Di sebelah petang, anak teruna sulong keluar bermain badminton bersama rakan2nya.
Perang di Palestine telah memasuki hari ke-333.
Serangan Israel di Tebing Barat semakin menjadi2. Penemuan mayat enam orang rakyat Israel yang di jadikan tebusan oleh Hamas menjadi berita yang menggemparkan. Namun hakikatnya lebih 50,000 rakyat Palestine yang telah dibunuh oleh Israel tidak mendapat perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak di dunia.









No comments:
Post a Comment