Assalamualaikum…
Hari Rabu 12 September bersamaan 8 Rabiatul Awal.
Anak teruna kedua CikYong masih lagi sakit matanya. Hari ini beliau tidak hadir ke kedua2 sekolahnya di sebelah pagi dan juga petang. Keadaan sakitnya masih lagi tidak berkurangan.
Anak teruna sulong pula pulang masih mempunyai ijian KRS pada sebelah petang iaitu selepas waktu persekolahannya. Beliau pulang lewat petang setelah ujian tersebut selesai.
Hari ini suami CikYong menemani bonda ke temujanji doktor di hospital. CikYong tolong hantar dan ambil suami dan bonda di hospital disebabkan tempat letak kereta di hospital agak sukar didapati pada hari2 sebegini. Temujanji bonda selesai pada tengahari.
Di tengahari, CikYong hanya memasak sup ayam dan ayam goreng tepung. Di sebelah pagi, CikYong sediakan pulut dan kari ayam sebagai bekal anak ke sekolah dan juga sebagai sarapan anak di rumah. Oleh kerana anak teruna sulong berseharian di sekolah jari ini, CikYong bawakan juga muffin sebagai bekal tambahan. Anak boleh jadikan lapik perut pengganti makan tengahari sekiranya tidak berkesempatan untuk membeli makan tengahari. Dua hari sebelum ini, beliau hanya sempat membeli dan menjamah roti krim sahaja sebagai makan tengaharinya.
Kelas bahasa arab bersama ustazah ditangguhkan kepada esok hari. Ustazah mempunyai urusan penting yang perlu diselesaikan hari ini.
Pokok bunga ros CikYong telah kembali berbunga walaupun tidak sebanyak sebelum2nya. Pokok bunga melur juga telah mula berbunga, harum baunya. Pokok bunga kertas, seperti biasa masih berbunga tetapi tidaklah rimbun. Daunnya lebih rimbun daripada bunga. Anak pokok kunyit semakin membesar. Terdapat beberapa pohon anak pokok kunyit yang tumbuh. Sepohon telah dimesin daunnya semasa pemesin rumput memesin rumput di halaman rumah. Diharapkan pokok kunyit rersebut masih boleh hidup semula. Anak pokok cili yang tumbuh sendiri juga semakin besar. Begitu juga dengan anak pokok labu, daun2nya telah banyak bertamvah dan susur memanjatnya yang berbentuk seperti spring pun telah banyak yang tumbuh.
Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-342.
Pengeboman terhadap rumah2 dan penempatan sementara rakyat Palestine masih lagi berterusan. Semakin ramai mangsa yang terkorban dan cedera. Tiada apa2 tindakan dikenakan oleh negara2 yang merdeka terhadap kekejaman Israel.
Israel turut l mengembom sekolah lagi. Kini di tengah Gaza, sekolah Al Jaouni. 15 orang syahid termasuk pekerja URNWA.






No comments:
Post a Comment