Sunday, 1 September 2024

Hari ke-244 di tahun 2024

 Assalamualaikum hari yang diberkati. Semoga hari ini membawa kebaikan kepada semua umat Islam yang masih beriman kepada Allah. 

Hari Sabtu 31 Ogos bersamaan 25 Safar.

Selamat hari merdeka buat πŸ‡²πŸ‡Ύ.

Seawal pagi, CikYong dan keluarga bersama bonda telah bergerak menuju ke bandar. Kami pergi menziarahi adik ipar (adik no.4) di rumahnya. Adik ipar masih lagi di dalam eddah disebabkan kematian suaminya baru2 ini.

Di dalam perjalanan, kami singgah sebentar di kedai makan untuk bersarapan. Alhamdulillah perjalanan lancar, kami selamat tiba di rumah adik ipar. Kami bertanya khabar dan berbincang perihal urusan2 yang perlu adik ipar uruskan berkaitan urusan pencen arwah dan hal2 berbangkit. Di tengahari, adik ipar lelaki (no.3) pula tiba di rumah adik ipar. Adik ipar lelaki singgah sebentar sebelum beliau dan isterinya keluar semula untuk ke pasaraya membeli barang keperluan. 

Setelah lewat petang, adik ipar lelaki dan isterinya kembali semula ke rumah. Kedua2nya makan tengahari yang lewat. Adik ipar perempuan menyerahkan borang2 urusan pencen arwah yang memerlukan tandatangan dari pegawai kumpulan A kepada adik ipar lelaki. Adik ipar lelaki akan membantunya untuk mendapatkan tandatangan dari pengetua di sekolahnya. 

Setelah selesai semua urusan, kami mula bergerak pulang ke kampung. Kereta kami dan kereta adik ipar saing pulang ke kampung. Di dalam perjalanan, sempat juga kami singgah membeli durian dan petai di gerai tepi jalan bagi memenuhi permintaan bonda. Alhamdulillah kami selamat tiba selepas masuk waktu Maghrib.

Perang di Palestine telah memasuki hari ke-330.

Walaupun di dalam kepayahan disebabkan peperangan yang masih berlanjutan, rakyat Palestine masih sempat mengucapkan selamat hari kemerdekaan kepada rakyat Malaysia. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ

Keadaan keselamatan di Tebing Barat semakin meruncing. Rakyat Palestine telah diusir dari rumah mereka. Ketua para pejuang di Jenin telah terkorban.


















No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...