Wednesday, 11 September 2024

Hari ke-254 di tahun 2024

 Salam pagi yang penuh rahmat dari Allah Tuhan yang Maha mengatur.


Hari Isnin 10 September bersamaan 6 Rabiatul Awal.

Pagi ini kedua2 anak CikYong pergi ke sekolah. 

Anak teruna kedua masih lagi sakit matanya. Anak CikYong cuba untuk menghadiri ke sekolah pada hari ini. Namun, beliau hanya berada di sekolah selama dua jam sahaja apabila gurunya menyarankan beliau pulang ke rumah. Suami CikYong pergi ke sekolah untuk mengambilnya. Walau bagaimanapun, untuk sekolah petang, anak CikYong berupaya menghadiri kelasnya sehingga ke akhir waktu sekolah.

Anak teruna sulong pergi ke sekolah sehingga ke lewat petang. Setelah selesai sekolah paginya, beliau menghadiri latihan KRS nya. Latihannya selesai pada lewat petang.

CikYong pula pada pagi ini mengalami sakit perut yang amat sangat dan juga cirit birit. CikYong sebenarnya mengambil supplemen ferum sebiji setiap pagi sejam sebelum sarapan pagi. CikYong telah mengambilnya semenjak seminggu yang lalu. Minggu lepas di ketika CikYong pergi menemui doktor untuk pemeriksaan doktor disebabkan batuk dan selsema, bacaan ujian darah CikYong menunjukkan bacaan sel darah merah kurang dari normal. Doktor telah memberi perskripsi supplemen ferum untuk mengatasi masalah kurang darah tersebut. Namun, hari ini, CikYong mengalami kesan sampingan daripada pengambilan supplemen ferum tersebut. Pada sebelah petang, CikYong pergi semula ke klinik kesihatan. CikYong berjumpa dengan doktor dan meminta nasihat berkaitan pengambilan supplemen tersebut. Doktor telah menukar supplemen tersebut dengan supplemen yang lain. Doktor juga memberi perscripsi ubat gastrik untuk mengatasi sakit perut akibat terdapat banyak gas di dalam perut.

Pada sebelah malam, CikYong menyiapkan latihan bahasa arab untuk pelajaran 32&33. CikYong juga menyiapkan kerja rumah untuk kelas bahasa arab esok dan lusa.

Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-340.

Al Mawasi dibom lagi. Lebih daripada 20 khemah rakyat Palestine yang berada di penempatan sementara di Al Mawasi telah musnah apabila Israel menjatuhkan bom ke atasnya. Nethanyahu masih lagi menunjukkan keangkuhannya menghalang perbincangan genjata senjata dimenterai. Sejujurnya CikYong akui akan sukarnya jalan membebaskan Palestine yang memerlukan keteguhan hati dan mental.







No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...