Saturday, 14 September 2024

Hari ke-257 di tahun 2024

 Assalamualaikum hari Jumaat yang penuh baroqah..

Hari Jumaat 13 September bersamaan 9 Rabiatul Awal.

 Anak teruna kedua masih lagi sakit matanya. Beliau tidak hadir lagi ke sekolah pagi dan petangnya. Hari ini sekolah pagi mengadakan perarakan maulidur rasul dari sekolah ke masjid di masjid. Di masjid diadakan majlis tazkirah dan penyampaian hadiah kepada pemenang2 aktiviti bersempena sambutan maulidur rasul. Suami menghantar anak teruna kedua ke masjid untuk memberi peluang kepadanya untuk bertemu dengan kawan2nya. Setelah hampir seminggu beliau tidak hadir ke sekolah dan tambahan lagi minggu depan merupakan minggu cuti persekolah. Oleh kerana itu, agak lama juga beliau tidak bertemu dengan kawan2 sekolahnya. Setelah pelajar2 sekolahnya berarak pulang ke sekolah, suami mengambil anak dari masjid dan membawanya pulang.

Anak juga tidak hadir ke sekolah petangnya. Tambahan pula sekolahnya mengadakan gotong rotong membersihkan sekolah. Di dalam keadaan matanya yang sebsitif dengan habuk, suami tidak benarkannya hadir ke sekolah.

CikYong pula menghadiri kelas ganti untuk kelas bahasa arab bersama ustazah. Usai kelas selesai dan suami tiba di rumah bersama anak teruna kedua, CikYong dan suami keluar pula untuk menghantar kereta untuk di servis.

Anak teruna sulong berjaya mendapat kenaikan pangkat ke Kopral bagi KRS. Alhamdulillah, susah payahnya pulang lewat tiga hari berturut2 akhirnya direzekikan kenaikan pangkat.

Hari ini CikYong tidur awal. Tangan kanan CikYong pula sakit otot seperti yang pernah terjadi kepada tangan kiri sebelumnya.

Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-343.

Negara Israel semakin hancur dari hari ke hari.






No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...