Thursday, 26 September 2024

Hari ke-269 di tahun 2024

 Assalamualaikum pagi yang dicucuri rahmat dari langit. Semoga hari ini membawa bersamanya sesuatu yang baik dan dapat dipelajari sesuatu daripadanya.

Hari Rabu 24 September bersamaan 21 Rabiatul Awal.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Hari ini merupakan hari pertama anak teruna sulong memasuki kelas muzik bersama guru muzik di sekolahnya. Beliau ingin belajar bermain drum. Beliau membawa bersamanya sebiji tong cat dan juga sepasang drumsticknya ke kelas muzik. Usai kelas muzik, beliau menyertai pula latihan KRS. Menurut anak CikYong, di kelas muzik hari ini, anak beliau seorang sahaja yang hadir. Oleh kerana itu, hari ini beliau mendapat 1-to-1 belajar muzik dengan cikgunya. Hari ini beliau diajar asas pelajaran muzik mengenali not2 muzik dan juga asas mengetuk drum. 

Pagi ini CikYong mengikuti kelas bahasa arab ulangkaji bersama ustazah. Di tengahari, CikYong memasak ayam masak merah untuk juadah makan tengahari.

Di sebelah petang, CikYong menyambung lukisan bunga tasbih.

Di sebelah malam, kedua2 anak CikYong tertidur awal, kemungkinan kepenatan seharian bersekolah.

Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-355.

Serangan Israel terhadap Lubnam semakin sengit. Beratus2 rakyat Lubnan telah terkorban dan cedera. Tiada apa yang boleh di lakukan oleh masyarakat dunia selain daripada melihat dan mendengar berita2 perihal keganasan Israel. Sesungguhnya kekuatan dunia terletak di tangan2 perosak dunia dan tiada sesiapa yang dapat melawan kuasa2 besar ini. Hanya kepada Allah kami memohon pertolongan dan perlindungan. Malangnya umat Islam masih lagi berbalah perihal agama sesama sendiri. Musuh yang nyata tidak dihiraukan.








No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...