Thursday, 12 September 2024

Hari ke-255 di tahun 2024

 Assalamualaikum pagi yang indah lagi diberkati.

Hari Rabu 11 September bersamaan 7 Rabiatul Awal.

Hari ini anak teruna sulong bersekolah hingga ke petang. Setelah selesai sesi persekolahan pada tengahari, disusuli pula ujian kenaikan pangkat KRS pada sebelah petangnya.

Anak teruna kedua tidak hadir ke sekolah pagi disebabkan sakit matanya masih lagi belum baik sepenuhnya. Namun, anak CikYong tetap menghadiri kelas sekolah agama pada sebelah petang. Oleh kerana tempoh pembelajaran di sekolah petangnya hanya tiga kam sahaja, maka CikYong sarankannya untuk hadir ke sekolah.

Kelas ulangkaji bahasa arab bersama ustazah secara atas talian berjalan seperti biasa.

Di tengahari, CikYong memasak ayam masak meraj, sayur lobis tumis dan juga muffin. Muffin dijadikan bekal untuk anak teruna kedua ke sekolah petangnya.

Hari ini CikYong memulakan lukisan bunga yang baru. Kali ini CikYong melukis bunga Canna @ tasbih. Semalam, CikYong telah hanya 3 buah lukisan kepada cikgu lukisan CikYong. CikYong meminta bantuan cikgu untuk menghantarkan lukisan2 tersebut ke kedai untuk dibuatkan bingkai lukisan. Diharapkan dengan melalui cikgu yang telah biasa di kedai tersebut, cikgu boleh mendapatkan harga yang lebih murah untuk bingkai tersebut.

Hari ini tempoh akaun FB private CikYong yang telah di halang selama sebulan oleh Meta telah pun tamat. CikYong telah dibenarkan semula untuk menghantar posting di group public.

Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-341.

Terdapat berita susulan perihal serangan di Al Mawasi. Begitu juga berita perihal keraian yang disambut oleh rakyat Jordan diatas keberanian seorang pemandu trak rakyat Jordan. Al Syahid Maher yang telah syahid setelah beliau berjaya menembak 3 orang Israel yang merupakan penduduk penempatan haram di bumi Palestine.












No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...