Saturday, 7 September 2024

Hari ke-250 di tahun 2024

 Assalamualaikum Jumaat yang penuh barokah.

Dikurniakan penuh keberkatan pada penghulu segala hari. Terdapatnya waktu mustajab doa di dalam hari yang diberkati ini.

Hari Jumaat 6 September bersamaan 2 Rabiatul Awal.

Hari ini anak teruna kedua CikYong tidak hadir lagi ke sekolah pagi. Begitu juga ke sekolah petangnya. Hari ini sakit matanya bertambah serius.

Selepas bersarapan pagi, suami menemani anak teruna kedua CikYong pergi berjumpa doktor di klinik mata di hospital. Alhamdulillah masa menunggu berjumpa doktor tidak terlalu lama. Mungkin disebabkan tidak ramai pesakit yang datang mendapatkan rawatan pada hari Jumaat. 

Doktor memberi perskripsi ubat antibiotik dan juga pelembap mata. Menurut doktor, mata anak CikYong kering yang menyebabkan alergik matanya bertambah sensitif. Setelah pulang ke rumah, anak hanya berbaring dan tidur sahaja. Anak juga kurang selera makan.

CikYong juga masih lagi belum sembuh dari batuk yang kuat. CikYong perlu mengelak daripada berada di tempat yang dipasang kipas dan pendingin hawa. Di dalam keadaan sebegini, CikYong perlu mengelak dari hawa sejuk untuk mengelak dari batuk menjadi semakin teruk.

Cubaan CikYong untuk menyambung lukisan juga terbantut pada hari ini. Batuk yang berterusan menyebabkan CikYong tidak dapat melakukan aktiviti harian.

Perang di Palestine telah memasuki hari ke-336.

Lagi pelbagai kekejaman Israel di dalam cubaan untuk menghalau rakyat Palestine dari bumi Palestine. Hari demi hari kehancuran Israel semakin nyata. Kemenangan kepada yang benar sudah pasti akan menjadi nyata. Sebagai seorang Islam yang beriman, keyakinan agama Islam adalah yang benar dan kemenangan kepada Islam juga pasti akan terjadi. Semoga diri ini termasuk di dalam golongan mereka yang mempertahankan agama suci ini hingga ke nafas yang terakhir. Amin amin ya rabbal alamin.













No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...