Sunday, 8 September 2024

Hari ke-251 di tahun 2024

 Assalamualaikum pagi indah yang menjelma selepas malam yang mendamaikan melabuhkan diri.

Hari Sabtu 7 September bersamaan 3 Rabiatul Awal.

Hari ini anak teruna kedua CikYong masih lagi sakit matanya. Di rumah, CikYong cuba untuk menutup tingkap dengan langsir yang sedia ada agar keadaan di dalam rumah tidak terlalu terang. Disebabkan matanya yang sakit, anak teruna kedua tidak tahan dengan cahaya yang terang.

Sementara itu, CikYong pula tidak tahan dengan angin dari kipas dan juga udara sejuk dari pendingin hawa. Eh kerana itu, CikYong perlu mencari tempat yang berasingan untuk mengelak daripada terkena angin daripada kipas yang dipasang.

Perang di Palestine telah memasuki hari ke-337.

Kisah yang begitu memilukan apabila dikongsikan satu video yang memaparkan temubual dengan seorang kanak2 perempuan di Gaza. Di dalam temubual tersebut, kanak2 tersebut berkongsi kisah kehidupannya di Gaza. Kanak2 tersebut suka bermain roller blade untuk melupakan seketika keperitan hidup di bumi Gaza yang sentiasa diserang oleh Israel. Baru2 ini dikongsikan pula gambar seorang kanak2 perempuan terbunuh yang menjadi mangsa serangan Israel ketika beliau bermain dengan kanak2 yang lain. Mayat kanak2 tersebut masih lagi memakai sepasang roller blade. Ianya merupakan kanak2 yang sama yang pernah berkongsi kisah hidupnya. Semoga damailah dia di sana. 










No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...