Sunday, 29 September 2024

Hari ke-270 di tahun 2024

 Assalamualaikum pagi yang dihujani air hujan yang dingin. Semoga hari ini dikurniakan kefahaman terhadap agama Islam dengan lebih mendalam agar dapat dimanfaatkan di sepanjang kehidupan di dunia ini.

Hari Khamis 26 September bersamaan 22 Rabiatul Awal.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Pagi ini anak teruna sulong kelihatan begitu mengantuk walaupun beliau telah tertidur awal pada malam sebelumnya. Berkemungkinan beliau keletihan dengan aktiviti sekolahnya untuk beberapa hari yang lepas. Pagi ini anak2 berbekalkan roti jala dan sandwich telur ke sekolah.

Pagi ini CikYong mencuci sebahagian lantai tempat letak kereta disebabkan kelihatan bekas hasil penyahtinja kucing di situ. CikYong juga merumput di sekitar pepokok bunga. Rumput2 tumbuh segar disebabkan kebelakangan ini hampir setiap malam hujan turun membasahi tanah.

Pagi ini CikYong bersarapan dengan roti jala bersama kari ayam. CikYong juga memanaskan baki sedikit pulut lebihan semalam. Suami pula membeli nasi lemak dan bihun goreng untuk sarapan.

Kelas bahasa arab bersama ustazah berjalan seperti biasa. Dua orang pelajar tidak dapat menghadiri kelas disebabkan terdapat urusan2 lain yang perlu ditekuni.

Di tengahari CikYong hanya menggoreng ayam dan memanaskan gulai lemak kuning udang.

Di sebelah petang, CikYong pergi ke klinik kesihatan untuk temujanji susulan. CikYong tidak mengambil makan tengahari kerana perut CikYong kurang selesa. Tambahan pula CikYong perlu pergi ke klinik.

Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-356.

Serangan di Gaza dan Tebing Barat masih lagi berlaku. Ditambah pula serangan terhadap Lubnan. Begitu angkuh Israel yang mendapat sokongan penuh dari negara2 sekutunya Amerika, Jerman, Kanada, Australia, UK. Kanak2 dan wanita menjadi korban di Palestine dan Lubnan. Ironinya di ICJ, negara Jerman, Australia dan Kanada telah mendakwa Taliban melakukan diskriminasi terhadap wanita di Afganistan. Mereka memperjuangkan hak asasi wanita namun mereka terlepas pandangan hak asasi wanita2 di Palestine yang didera dan di bunuh oleh Israel. Sesungguhnya kuasa2 besar telah mempamerkan sikap hipokrit mereka di mata dunia.












No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...