Assalamualaikum…
Pagi muncul lagi, tidak permah ia gagal walaupun sehari untuk memjelmakan dirinya. Semuanya diatas asbab ketundukkannya terhadap yang Maha Pencipta. Bukan seperti manusia yang mudah alpa dan berani melawan ketentuan dan perintah yang Maha Pengatur. Sehinggakan ada yang lebih mengutamakan kehendak diri dari kehendak yang Empunya diri mereka.
Hari Isnin 2 September bersamaan 27 Safar.
Hari ini batuk dan selsema CikYong semakin teruk. Namun CikYong masih boleh lagi menyedialan juadah sarapan dan makan tengahari. CikYong juga dapat membuat brownies untuk dijadikan bekal sekolah petang anak.
Hari ini hanya terdapat pengajian tafsir surah Fussilat ayat 36 di ikim.fm. Hari ini tiada pengajian mudarasah disebabkan ustaz berada di luar negara untuk dua minggu.
Suatu pengajaran berkaitan hutang.
Berlaku jujurlah kepada diri sendiri. Tabiat berhutang harus dikikis dari diri apabila diri sendiri menyedari ianya bukan dibuat kerana keperluan tetapi lebih kepada kepincangan di dalam menguruskan kewangan sendiri.
Perang di Palestine telah memasuki hari ke-332.
Rundingan genjata senjata masih lagi tiada perkembangan. Pihak Israel masih lagi bermain dengan masa dan berdolak dalih. Mungkin Israel mengharapkan sesuatu magis akan berlaku dan di saat itu akan menyebelahi Israel. Namun










No comments:
Post a Comment