Assalamualaikum hari yang muncul seperti yang dikehendaki oleh yang Maha Pengatur dan Berkuasa.
Hari Isnin 23 September bersamaan 19 Rabiatul Awal.
Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Hari ini kedua2nya hadir ke sekolah. Anak teruna kedua pergi ke sekolah di samping bekal makanan, beliau juga berbekalkan ubat pelembap matanya. Kini beliau telah ada berkeyakinan untuk meletakkan ubat matanya sendiri.
Anak teruna sulong pula di sepanjang minggu ini mempunyai latihan KRS untuk kenaikan pangkat lagi. Usai sesi persekolahan pada sebelah pagi, beliau pulang dahulu ke rumah.
Di sebelah pagi, usai bersarapan, CikYong pergi ke pusat penyakit berjangkit di pekan. Hari ini CikYong perlu membuat ujian mantoux, iaitu ujian menguji keberadaan bakteria Tubercolosis (TB). Keputusan ujian hanya akan diketahui empat hari lagi.
Usai urusan ujian, CikYong dan suami singgah sebentar di hipermarket berdekatan untuk membeli keperluan rumah. Setiba di rumah, CikYong terus ke dapur untuk menyediakan juadah makan tengahari.
Di sebelah petang, hujan turun dengan agak lebat. Anak teruna kedua di hantar oleh suami ke sekolah. Hari ini beliau tidak menaiki basikal ke sekolah. Di sekolah petangnya, diadakan majlis menyambut maulidur rasul. Oleh kerana itu, beliau ke sekolah dengan memakai baju melayu dan bersamping.
Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-353.
Pejabat media Al Jazeera di tanah Palestine yang dijajah telah diarahkan ditutup oleh Israel. Sesuatu yang membimbangkan akan apa yang akan dilakukan oleh Isreal terhadap Palestine yang tidak mereka mahu dunia mengetahuinya melalui media massa. Ya Allah kami memohon kepada kekuasaan Mu agar dipeliharalah rakyat Palestine yang kini cuba dihapuskan oleh Israel dan dihalau dari tanahair mereka. Amin amin ya rabbal alamin.





No comments:
Post a Comment