Saturday, 21 September 2024

Hari ke-264 di tahun 2024

 Salam Jumaat penuh barokah…

Hari Jumaat 20 September bersamaan 17 Rabiatul Awal.

Hari ini CikYong dan anak2 hanya berada di rumah. Di sebelah pagi, CikYong menyiapkan kerja rumah bahasa arab untuk pelajaran ke-35 & 36. Sakit mata anak teruna kedua masih lagi ada, walau bagaimanapun sakitnya telah mula menunjukkan pengurangan. Anak CikYong perlu rajin untuk mencuci mata dan menuam matanya.

Di sebelah petang, CikYong menyambung semula lukisan bunga canna. Anak teruna kedua pula leka menyiapkan robot naga legonya. Anak teruna sulong pula mula memasang model gundam nya yang dibeli ketika pergi ke ibukota tempoh hari. Beliau berjaya menyiapkan 50% setelah berjaga hingga ke tengah malam. Hari 

Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-350.

Keganasan tentera Israel begitu melampau. Sebuah video dikongsikan yang memaparkan jasad 3 orang rakyat Palestine yang telah dibunuh di rumahnya, telah di bawa keatas bumbung pangsapuri rakyat Palestine tersebut. Tentera Israel kemudiannya mencampak jasad ketiga2 rakyat tersebut ke bawah bangunan pangsapuri.











No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...