Monday, 16 September 2024

Hari ke-259 di tahun 2024

 Assalamualaikum pagi yang indah…

Hari Ahad 15 September bersamaan 11 Rabiatul Awal.

Hari ini CikYong masih lagi di homestay berdekatan rumah adik ipar. Hari ini berlangsuung majlis pertunangan anak saudara. Setelah semua adik beradik  dan keluarga yang tinggal di homestay mandi, bersarapan, kami semua bergerak ke rumah tuan rumah@adik ipar.

CikYong membantu serba sedikit persiapan majlis. Barang2 hantaran telah siap disediakan, cuma perlu di tambah sikit untuk sentuhan terakhir. Menjelang ke tengahari, makanan kenduri siap disediakan oleh katering. Anak saudara yang bertunang bersiap2 dibantu oleh juruhias yang ditempah khas. Selepas Zohor, rombongan meminang tiba di rumah. Sesi perbincangan berjalan lancar. Kira2 sejam kemudian, sesi perbincangan selesai, semua hadirin dan jemputan menjamu selera.

Alhamdulillah menu jamuan sedap2 belaka. Nasi putih bersama gulai lemak kuning daging salai, ayam goreng, pajeri nenas, ikan masin, salad dan timun, sambal, belacan begitu menyelerakan. Buah tembikai, buah oren sebagai sajian buah-buahan. Kuih muih popia goreng, nona manis, kek pisang dan karipap juga disajikan. Air sirap dan teh tarik merupakan minuman yang disediakan.

Alhamdulillah ramai tetamu yang hadir. Saudara mara terdekat, sahabat handai dan jiran tetangga hadir meraikan majlis selepas waktu Asar. 

Usai majlis, kaum keluarga mula mengemas dan membersihkan perkakasan kenduri. Lebihan makanan yang tidak terusik, dibungkus2 dan dihantar ke rumah2 jiran yang berdekatan.

Kami pulang sebentar ke homestay untuk solat maghrib dan isya’. Kemudiannya kami bergerak pergi semula ke rumah tuan rumah. Kami menyambung lagi mengemas rumah apa yang patut.

Hari ini mengambil kesempatan juga menonton beberapa video untuk CikYong memahami isu semasa yang berbangkit berkaitan gisb.

Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-345.

Kekejaman Israel berterusan. Perjuangan para pejuang juga berterusan. Serangan peluru berpandu oleh Hezbollah Lubnan dan juga je Anasrullah Yamam ke Tel Aviv berjaya melepasi Iron dome dan semua sistem pemintas Israel. Beberapa kawasan berjaya di serang.








No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...