Thursday, 19 September 2024

Hari ke-261 di tahun 2024

 Assalamualaikum pagi di ibukota yang sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan…

Hari Selasa 17 September bersamaan 13 Rabiatul Awal. Semalam merupakan ulangtahun hari kelahiran nabi Muhammad saw yang tercinta. Hari ini merupakan hari cuti bagi sesetengah syarikat swasta.

Hari ini masih lagi di dalam minggu cuti persekolahan.

CikYong dan keluarga masih berada di rumah adik di ibukota. Di pagi hari, dan suami keluar membeli sarapan untuk keluarga CikYong dan adik CikYong. Ketika ini suami adik CikYong berada di luar negara untuk urusan perniagaannya.

Usai semua bersarapan, kami 2 keluarga keluar dan pergi mengunjungi kompleks membeli belah yang berhampiran. Kami menyantuni anak2 yang ingin membeli beberapa barangan.

Setelah selesai membeli belah, kami bergerak pulang ke rumah. Kami singgah sebentar di kedai makan untuk membeli lauk untuk di bawa pulang. Setibanya di rumah, adik CikYong memasak nasi dan kami berehat sebentar. Setelah solat zohor dan makan tengahari, CikYong menemani anak2 dan anak saudara ke kolam renang yang berada di tingkat bawah kondominium tersebut. Kali ini mereka tidak dapat bermain lama di kolam di sebabkan pihak pengurusan mengadakan semburan fogging di sekitar kondominium termasuk di kawasan kolam renang.

Di rumah, anak2 menyambung aktiviti memasang mainan lego masing2 yang baru dibeli di kompleks membeli belah pada sebelah pagi.

Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-347.

Serangan Hezbollah di utara Palestine yang dijajah diperhebatkan. Begitu juga para pejuang di Tebing Barat dan Gaza.













No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...