Monday, 16 September 2024

Hari ke-260 di tahun 2024

 Assalamualaikum pagi yang diberkati.

Hari Ahad 16 September bersamaan 12 Rabiatul Awal.

Pagi ini kami dan keluarga adik beradik yang lain pergi ke taman riadah yang berhmpiran dengan rumah adik ipar. Anak2 begitu teruja bermain di tapak permainan. Anak saudara pula membawa raket badminton. Adik ipar pula ada membawa bola. Seronok sungguh yang dewasa dan anak2 beriadah. Kami meluangkan masa kira2 sejam lebih di taman tersebut sebelum pulang semula ke rumah adik ipar. CikYong pulang sebentar ke homestay untuk menjemur baju.

Kami bersarapan di rumah adik ipar. Kami menjamu selera dengan makanan berbaki dari kenduri yang dipanaskan. Suami dan anak2 membantu tuan rumah untuk mengemas kerusi meja dan khemah yang perlu dibuka.

Setelah selesai mengemas semua peralatan di rumah adik ipar. Kami adik beradik yang hadir mula beransur meninggalkan rumah tuan rumah untuk ke destinasi masing2. Adik ipar (no 8) menuju ke bandar N dan tinggal di hotel di sana. Beliau membawa anak2nya tinggal di sebuah hotel di bandar tersebut untuk anak2nya mandi di kolam renang. Adik ipar (no.7) pula pulang ke rumahnya dan akan pulang ke kampung isterinya pada esok hari.

CikYong dan keluarga juga bergerak ke rumah adik CikYong di ibukota ini juga. Kami akan berada di rumah adik CikYong untuk dua hari sebelum kami pulang ke kampung.

Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-346.

Serangan bom oleh Israel terhadap sebuah kedai roti di kem Al Somoud di barat Khan Yunis mengakibatkan pembunuhan beramai. Salah seorang mangsa telah terputus kepala menyebabkan mayatnya sukar dikenali kecuali dengan mengecam baju yang dipakainya sahaja. Sesungguhnya kekejaman yang berterusan ini pasti akan dibalas oleh Allah dengan kehancuran terhadap pelakunya.














No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...