Alhamdulillah masih lagi bernafas di hari yang mendatang. Semoga sesuatu yang bermanfaat dapat di laksanakan dengan cara yang terbaik. InsyaAllah.
Hari Rabu 23 Oktober bersamaan 20 Rabiatul Akhir.
Hari persekolahan seperti biasa buat anak2 CikYong. Anak teruna kedua menghadapi hari ke-2 peperiksaan SRAI di sekolah agama pada sebelah petang. Di sekolah paginya, terdapatnya kejohanan sukan sekolah bahagian pertama. Bahagian ke dua akan diadakan pada hari Sabtu yang akan datang. Walau bagaimanapun anak CikYong tidak terlibat di dalam acara2 sukan.
Di sebelah pagi, selepas menghantar anak2 ke sekolah, terdapat masalah pada kereta kami. Di paparan dashboard, tanda amaran masalah engine bernyala. Suami tidak pasti sebab tanda amaran tersebut bernyala. Pagi ini suami membawa kereta ke bengkel untuk diperiksa punca amaran tersebut.
CikYong mengikuti seperti biasa kelas ulangkaji bahasa arab bersama ustazah.
Di sebelah petang, anak teruna sulong CikYong menghadiri kelas muzik untuk belajar drum di sekolahnya. Hari ini beliau hanya sempat memasuki kelas selama 15 minit sahaja. Guru muziknya lambat memasuki kelas disebabkan perlu melatih anak2 muridnya untuk persembahan. Apa yang menariknta, walaupun kelas hari ini singkat, dan hanya beliau seorang sahaja yang menghadirinya kali ini, guru muziknya memberi kebenaran untuk beliau mencuba set drum yang berada di bilik muzik. Jika sebelum2 ini, hanya dapat melihatnya sahaja, hari ini beliau berkesempatan mencubanya.
Di sebelah petang, CikYong pergi ke perpustakaan untuk mengambil semula lukisan2 CikYong yang tidak di gantung di galeri seni di perpustakaan tersebut. Lukisan2 tersebut CikYong gantungkannya semula di dinding rumah. Dinding rumah CikYong dihiasi semula dengan beberapa lukisan CikYong yang sebelum ini. Alhamdulillah. Semoga Allah berikan kekuatan dan semangat untuk CikYong menghasilkan lebih banyak lagi lukisan di masa akan datang. InsyaAllah.
Sesuatu yang melucukan dilakukan oleh anak teruna kedua CikYong. Ketika pulang dari sekolah paginya, anak CikYong memberitahu CikYong bahawa beliau akan terlibat di dalam perarakan mewakili rumah sukannya di hari sukan sekolahnya pada hari Sabtu yang akan datang. Beliau juga menyatakan bahawa semasa perarakan itu nanti beliau perlu membawa senduk. CikYong bertanya adakah beliau akan menjadi maskot. Anak menjawab tidak. CikYong bertanya lagi apakah tema rumah sukan pada tahun ini. Anak memberitahu temanya adalah buah. Rumah sukannya bertemakan buah durian. CikYong terfikir mungkin berkaitan tema buah tersebut maka anak CikYong akan membawa senduk semasa perarakan. Di sebelah malam, anak CikYong turut memaklumkan kepada suami CikYong akan perihal beliau perlu membawa senduk di ketika perarakan itu nanti. Lalu suami bertanya, adakah senduk tersebut perlu dibawa dari rumah atau disediakan oleh pihak guru di sekolah. Suami juga turut bertanya kepada anak CikYong jika perlu dibawa dari rumah, adakah perlu dibawa senduk kecil ataupub besar. Anak CikYong menjawab bahawa beliau pun tidak pasti. Lalu CikYong mencadangkan agar ditanya kepada guru sekolahnya perihal senduk tersebut. Beberapa ketika selepas itu, anak CikYong barulah teringat akan apa yang telah diberitahu oleh cikgunya sebelum ini. Sebenarnya beliau telah diberikan tugas oleh gurunya untuk membawa sepanduk ketika perarakan itu nanti. Rupa2nya anak CikYong tersilap perkataan yang didengarnya. Alhamdulillah belum sempat kami atau beliau sendiri bertanya balik kepada gurunya perihal ‘senduk’ yang diperkatakan. Jika tidak, pasti ianya sesuatu yang memalukan kami.
Perang di Palestine masih lagi berlarutan untuk hari ke-383.
Serangan di kem Jabalia semakin mengganas. Penduduk di kem di paksa keluar meninggalkan rumah masing2.