Alhamdulillah di atas usia yang masih berbaki. Semoga usia ini dapat diisi dengan amalan yang boleh di bawa ke sana nanti. Amin amin ya rabbal alamin.
Hari Isnin 29 April bersamaan 20 Syawal.
Hari ini merupakan hari persekolahan buat anak2 CikYong.
Sebelum Subuh lagi, CikYong telah mula masuk ke dapur. Awal pagi ini CikYong menyediakan nasi lemak, sandwich telur dan roti telur. Nasi lemak dan sandwich telur sebagai bekal ke sekolah. Roti telur untuk anak2 mengalas perut sebelum ke sekolah.
CikYong mengikuti tafsir surah Yusuf dan mudarasah hadith ke-6 susunan hadith 40 An Nawawi sambil menyediakan bekal dan mengemas rumah.
Usai suami menghantar anak2 ke sekolah, CikYong dan suami keluar mengayuh basikal. Telah lama kami tidak berbasikal. Kali terakhir mungkin dua bulan yang lepas. Kami melalui laluan yang biasa dilalui. Melintasi sawah yang telah menguning padinya. Terdapat juga kawasan sawah yang padinya telah dituai. Di zaman kini, mesin memotong padi digunakan untuk menuai padi.
Kedinginan pagi di kawasan sawah masih lagi terasa ketika kami berkayuh. Bunyi burung berkicau mengiringi kami dan kelihatan juga burung2 bangau terbang rendah di kawasan sawah. Suasana ketenangan dan kedamaian begitu terasa sambil berkayuh. Alhamdulillah terima kasih Allah diatas nikmat yang dikurniakan.
Nikmat yang mana kamu dustakan? Mengingatkan CikYong akan tanggungjawab yang datang bersama nikmat yang diberikan. Nikmat yang dikecapi di dunia ini bukan untuk kita bermain2 sahaja. Nikmat perlu di manfaatkan untuk mendekatkan diri kepada Allah, melakukan sesuatu untuk agama.
Usai berbasikal, kami bersarapan di rumah dengan nasi lemak. Sempat juga CikYong memjenguk pokok2 bunga di tepi rumah.
Kemudiannya CikYong menyambung pula memasak untuk juadah tengahari. Masak lemak cili padi ikan, sayur kobis+sawi goreng dan ayam goreng tepung Cikayobg sediakan.
Hari ini merupakan hari pertama anak teruna sulong CikYong melunaskan janjinya. Beliau membasuh pinggan dan peralatan2 dapur seperti yang telah dipersetujui. Semalam beliau telah berjaya membeli game yang didambakannya. Menurut beliau, rupa2nya membasuh pinggan mengambil banyak masa bermain gamenya. Begitulah asam garam kehidupan. Tidak semua yang diingini datang dengan mudah. Adakalanya ia datang dengan pengorbanan.
Hari ke-205 perang di Palestine. Isreal masih lagi mengebom tempat kediaman di Rafah. Berita masih memperkatakan perihal waran tangkap yang akan dikeluarkan oleh ICJ terhadap Netanyahu dan menterinya diatas tuduhan genocide. Perkhemahan pelajar tetap diteruskan dan mendapat sokongan padu daripada aktivis2 pro-Palestine.























































