Sunday, 30 June 2024

Hari ke-181 di tahun 2024

 Alhamdulillah di atas segala nikmat yang dikurniakan. Semoga sesuatu yang baik dapat dizahirkan daripada nikmat2 yang dikecapi. Amin amin ya rabbal alamin.

Hari Sabtu 29 Jun bersamaan 22 Dzulhijjah.

Hari cuti hujung minggu buat anak2 CikYong. Namun anak teruna kedua mempunyai kelas tambahan di sebelah pagi dan sebelah malam. Kedua2 kelas dikelolakan oleh ustaz dan ustazah sekolah agama. Kelas sebelah pagi merupakan percuma sementara pada sebelah malam adalah berbayar.

Pagi ini air di rumah CikYong masih lagi tidak seperti biasa. Selepas waktu pejabat, petugas dari Lembaga Air tiba untuk membaiki di bahagian meter air yang menyebabkan aliran air tersekat. Alhamdulillah selepas dibaiki, aliran air kembali normal.

Pagi ini kami bersarapan dengan nasi lemak yang dibeli oleh suami. CikYong hanya masuk ke dapur pada tengahari untuk menyediakan juadah makan tengahari. Menu hari ini merupakan ayam masak bali. Inilah kali pertama CikYong memasak menu ini. Adik ipar selalu memasak menu ini dan anak2 juga menggemarinya. Di atas permintaan anak2, hari ini CikYong mencubanya. CikYong juga menbuat soft cookies juga di atas permintaan anak2.

Hari ini CikYong menyambung kembali melukis. CikYong membuat touch up kepada lukisan bunga mawar. CikYong cuba membaiki serba sedikit agar ianya lebih menghampiri gambar sebenar.

Sebelah petang, CikYong membawa anak teruna kedua ke perpustakaan. Anak CikYong ingin melihat pameran seni dan juga lukisan CikYong yang dipamerkan. Anak teruna sulong tidak ikut serta kerana beliau ingin mengulangkaji pelajarannya. Minggu hadapan merupakan minggu peperiksaan buat anak teruna sulong CikYong.

CikYong menyambung bacaaan kompilasi komik kartunis arwah Petai.

Perang di Palestine telah memasuki hari ke-266.

Kisah yang menyayat hati perihal satu keluarga yang mencari ayah mereka di kawasan di mana tentera Israel telah pun berundur. Malangnya, apa yang mereka temui hanyalah kaki ayah mereka manakala badan dan kepalanya telah hancur di lanyak oleh jentolak atau kereta kebal Israel. Hari demi hari kekejaman Israel semakin menjadi-jadi. Seolah-olah mereka melakukan perkara yang betul padahal ianya terang2 bertentangan dengan naluri manusia. Semoga Allah membalas perbuatan mereka jika itu adalah terbaik buat mereka. Ya Allah kurniakanlah kekuatan buat saudara kami di Palestine dan juga buat semua umat Islam dalam melalui ujian yang begitu berat ini. Amin amin ya rabbal alamin.






Saturday, 29 June 2024

Hari ke-180 di tahun 2024

 Assalamualaikum Jumaat yang penuh keberkatan. Semoga kebaikan mengatasi keburukan buat diri, keluarga m, masyarakat dan seluruh semua umat Islam di mana jua berada.

Hari Jumaat 28 Jun bersamaan 21 Dzulhijjah.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Hari terakhir peperiksaan pertengahan tahun buat anak teruna kedua CikYong. Hari ini beliau menjalani peperiksaan kertas Sejarah dan Pendidikan Jasmani. Anak teruna sulong pula menyertai soal selidik kaunseling yang di adakan di sekolahnya.

Pengajian tafsir dan mudarasah hadith 40 An Nawawi mengisi masa awal pagi CikYong. Di tengahari, CikYong mengikuti MyQurantime di fb live. Di sebelah petang pula, CikYong ikuti rakaman kuliah kisah Saidina Abu Bakar As Siddiq. Di sebelah malam, CikYong menyambung kerja rumah kelas bahasa arab.

Usai suami menghantar anak2 ke sekolah, CikYong dan suami keluar berbasikal. Rupa2nya hampir sebulan CikYong tidak berbasikal. Maka, hari ini CikYong memulakan kembali berkayuh. Kami berkayuh di laluan yang biasa sahaja.

Setiba di rumah selepas selesai berkayuh, kami bersarapan dengan nasi lemak. CikYong memasak nasi lemak seawal pagi sebagai bekal anak2 ke sekolah. 

Tidak lama selepas kami bersarapan. tiba2 tiada air keluar dari paip2 air di rumah CikYong. Kami menunggu sehingga tengahari, namun air masih lagi tiada. Setelah suami bertanya kepada jiran dan mak suadara yang tinggal berdekatan, barulah kami sedari bahawa hanya rumah kami sahaja yang ketiadaan air.

Selepas solat Jumaat, suami menelefon hotline pengurusan air. Petugas bahagian hal2 kecemasan bantuan air tiba pada lewat petang dan mereka membaiki bahagian tertentu di meter air. Alhamdulillah air telah kembali ada. Namun setelah kira2 sejam selepas petugas tersebut pulang, kejadian bekalan air terputus berulang sekali lagi. Apabila suami menelefon semula petugas untuk memaklumkam masalah tersebut, petugas tidak dapat datang semula kerana telah melewati waktu berkerja. Mereka hanya akan datang pada esok pagi.

Alhamdulillah pada malamnya, terdapat air mengalir halus daripada paip2 air. Dapatlah juga kami mengambil wuduk menggunakan air yang mengalir dari paip2.

Hari ke-265 perang di Palestine 🇵🇸.

Keperitan kehidupan rakyat Palestine masih berterusan. Kesedihan demi kesedihan bertambah apabila orang tersayang terkorban. Kecederaan mangsa2 pengeboman dan runtuhan bangunan yang dihancurkan oleh Isreal terasa tidak tertanggung oleh yang melihatnya. Azab mereka yang ditahan oleh Isreal dan di tempatkan di penjara juga tidak terperi kesengsaraannya. Hanya kepada Allah tempat kami memohon agar kami dilimpahi kekuatan iman, mental dam fizikal untuk teguh di jalan jihad fisabilillah. Amin amin ya rabbal alamin.








Hari ke-179 di tahun 2024

 Assalamualaikum pagi yang indah dan diberkati Allah. Semoga sesuatu yang baik dapat dilakukan pada hari ini melebihi keburukan yang ingin dielakkan.

Hari Khamis 27 Jun bersamaan bersamaan 20 Dzulhijjah.

Di awal pagi, CikYong menyediakan pulut dan kari untuk dijadikan bekal anak2 ke sekolah. Sandwich telur juga disediakan sebagai bekal tambahan.

Hari peperiksaan buat kedua2 anak CikYong. Peperiksaan kertas bahasa arab buat anak teruna sulong sementara anak teruna kedua pula mempunyai peperiksaan kertas Sains dan Pengajian Islam.

Demam anak teruna sulong telah sedikit kebah. Semoga dipermudahkan anak2 CikYong dalam menjawab soalan peperiksaan mereka.

Di sebelah pagi, CikYong ikuti pengajian tafsir di ikim.fm. Hari ini perbincangan menjurus kepasa ayat 10 surah Fussilat yang menyentuh perihal kejadian gunung ganang di awal penciptaannya. Seterusnya CikYong ikuti mudarasah perbincangan hadith ke-9 di bahagian soalan bersifat fardu kifayah. CikYong juga mengikuti kelas bahasa arab bersama ustazah pada sebelah pagi. Pada tengahari pula, CikYong ikuti MyQurantime di fb live. Tadabbur ayat 90-92 surah Al A’raf perihal kisah nabi Shiub a.s. bersama pembesar2 kaumnya.

Di sebelah petang seusai suami menghantar anak teruna kedua ke sekolah petangnya, kami keluar ke pekan. Kami berkunjung ke perpustakaan awan di pekan. Bermula semalam telah diadakan pameran seni dan arca selama dua minggu. Apa yang menarik dan mengujakan adalah sebanyak empat belas buah lukisan CikYong turut dipamerka di situ. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang mengizinkan sesuatu itu berlaku.

Terdapat banyak hasil2 seni lain yang dipamerkan. CikYong mengambil kesempatan untuk mewar2kan keberadaan pameran tersebut kepada saudara dan kenalan terdekat. CikYong menjemput mereka untuk datang berkunjung ke pameran tersebut. 

Hari ke-264 perang di Palestine 🇵🇸.

Sesungguhnya keimanan rakyat Palestine di Gaza menjadi contoh terbaik di zaman kini. Di tengah kekalutan umat Islam mencari identiti Islam yang sebenar, rakyat Palestine menunjukkan contoh. Keutuhan mereka bergantung hanya kepada Allah patuh dijadikan pedoman. Kekuatan fizikal dan mental mereka boleh mengalahkan kejahatan yang berleluasa di dunia. Semoga Allah membalas perjuangan mereka yang terpilih dengan syurga yang tertinggi. Amin amin ya rabbal alamin.










Thursday, 27 June 2024

Hari ke-178 di tahun 2024

Assalamualaikum hari yang indah dan diberkati.

26 Jun bersamaaan 19 Dzulhijjah hari Rabu.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Anak teruna kedua mempunyai peperiksaan Bahasa Arab, Matematik dan Pendidikan Seni. Anak teruna sulong pula telah mula demam. Sebelum ke sekolah, CikYong minta beliau mengambil dua biji paracetamol. CikYong bekalkan juga 2 biji lagi untuk beliau ambil pada pukul satu petang semasa di sekolah.

Pagi ini suami belikan nasi lemak untuk dijadikan bekal anak2 ke sekolah. CikYong cuma sediakan sandwich telur sebagai bekal tambahan.

CikYong berkesempatan mengikuti program tafsir surah Fussilat di ikim.fm memperkatakan perihal Allah membina bumi ini di dalam enam hari menerusi ayat ke-9. Mudarasah membincangkan perkara2 fardu ain yang wajib ditanya. 

Kelas ulangkaji bahasa arab bersama ustazah berjalan seperti biasa.

Usai kelas bahasa arab, CikYong masuk ke dapur untuk membuat kek cawan coklat untuk anak2 dan juga dijadikan bekal ke sekolah.

Di tengahari, CikYong hanya menggoreng ayam dan memasak lemak putih kobis. Gulai lemak cili padi yang masih berbaki, CikYong panaskan sahaja.

CikYong berkesempatan juga mengikuti My Qurantime di fb live sambil CikYong menyediakan juadah tengahari.

Anak teruna sulong masih lagi demam. Di sebelah petang selepas pulang dari sekolah, beliau tidur sehingga ke Asar. Demamnya masih belum kebah. 

Di sebelah petang, CikYong menyambung bacaan. Pada kali ini CikYong membaca koleksi kartun oleh arwah Petai. Kompilasi kartun2 beliau yang pernah disiarkan di majalah2 kartun dalam tahun 90an.

Sebelah malam. CikYong menyambung kerja rumah kelas bahasa arab.

Hari ke-263 perang di Palestine.

Sesungguhnya pemikiran tentera2 IDF dan juga rakyay dan pemerintah Israel telah rosak serosak2nya. Perbuatan melampau mereka semakin menyerlah dari hari ke hari. Video terkini memaparkan seekor anjing tentera telah dilepaskan ke dalam rumah seorang warga emas rakyat Palestine. Anjing tersebut telah menyerang warna emas tersebut menyebabkan beliau cedera di tangan. Menambah kepada ketidaksiuman pemikiran tentera Israel, kamera telah dipasang di atas kepala anjing tersebut. Video serangan tersebut menjadi suatu kebanggaan bagi mereka yang telah rosak akalnya.

Semoga Allah memberi mereka hidayah ke arah jalan yang benar. Dan semoga Allah bukakan hati pemimpin2 Zionist kembali kepada fitrah. Amin amin ya rabbal alamin.







Wednesday, 26 June 2024

Hari ke-177 di tahun 2024

 Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah di atas nyawa yang masih wujud di dalam jasad ini.

Hari Selasa 25 Jun bersamaan 18 Dzulhijjah.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Hari ini tiada peperiksaan buat anak teruna kedua CikYong.

Pagi ini, CikYong sediakan roti jala dan sandwich telur sebagai bekal anak2 ke sekolah.

CikYong mengikuti pengajian tafsir Al Quran Surah Fussilat ayat 9. Perbincangan berkaitan bahasa arab yang dijadikan bahasa Al Quran. Seterusnya, CikYong ikuti pula mudarasah hadith ke-9 dari hadith 40 menggunakan kitab Al Wafi syarah hadith 40 An Nawawi. Perbincangan mengenai Etika Soalan.

Untuk sarapan pagi, CikYong menggoreng nasi yang masih banyak di simpan di dalam peti ais.

Untuk bekal sekolah petang anak kedua, CikYong bekalkan mufin yang telah CikYong buatkan semalam.

Hari ini Cik Yong mengikuti dua podcast di youtube mengenai perang di Gaza disampaikan oleh Sami Hamdi. Beliau merupakan seorang geopolitik analyst, berketurunan Tunisia dan Algeria, warganegara UK. Satu pencerahan yang membuka mata dan hati perihal politik antarabangsa berkaitan perang di Palestine dan perkaitan dengan sirah Rasullullah saw. Perbincangan tersebut juga menjurus kepada tanggungjawab setiap muslim untuk bertindak dan melakukan sesuatu sebagai jihad fisabilillah. Hampir tiga jam CikYong menekuni podcast tersebut.

Sebelah petang, anak teruna sulong keluar berbasikal bersama rakannya. Walaupun badannya terasa seperti ada tanda2 demam, namun beliau tetap keluar. Setelah pulang sari berbasikal, badannya terasa sihat sedikit setelah berpeluh selepas berbasikal.

Di sebelah malam, CikYong hanya dapat menyambung sedikit sahaja kerja rumah kelas bahasa arab disebabkan CikYong terasa begitu mengantuk dan tidak dapat menyiapkannya. CikYong tangguh ke hari seterusnya. InssyaAllah.

Hari ke-262 perang di Palestine.

Di media sosial, dikongsikan video anak2 Palestine dibakar hidup2 akibat daripada pengeboman Israel ke atas sekolah URNWA tempat perlindungan rakyat Palestine yang kehilangan tempat tinggal.

Ya Allah sesungguhnya hanya kepadaMu meminta perlindungan dan pertolongan. Bantulah saudara kami yang diuji di bumi Palestine. Amin amin ya rabbal alamin.









Hari ke-176 di tahun 2024

 Assalamualaikum pagi yang indah. Semoga Allah memberkati seluruh umat Islam yang teguh di jalan Allah.

24 Jun bersamaan 17 Dzulhijjah hari Isnin.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Anak teruna kedua menduduki hari ke-2 peperiksaan pertengahan tahun. Hari ini merupakan peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Muzik. Dari pagi, anak teruna sulong pula mengadu beliau sakit tekak. 

Hari ini CikYong sediakan nasi lemak untuk bekalan anak2 ke sekolah. CikYong juga sediakan sandwich telur sebagai bekal tambahan.

CikYong berkesempatan mengikuti tafsir Surah Fussilat ayat 9. CikYong juga mengikuti mudarasah hadith ke-9 daripada kitab Al Wafi memperkatakan perihal faktor kehancuran umat.

Pagi ini CikYong menemani suami ke bengkel kereta untuk servis kereta. Pada masa yang sama, kereta adik ipar yang dipinjam sejak Sabtu yang lalu masih lagi berada di rumah. Pada hari Sabtu yang lalu,di ketika kami pergi ke bandar untuk anak2 menghadiri sesi pembelajaran ‘wall climbing’, kami menggunakan kereta adik ipar. Kereta kami masih lagi mempunyai masalah air coolant asyik berkurangan. Nampaknya, kereta perlu di hantar lagi ke bengkel untuk mencari punca kebocoran air coolant tersebut.

Oleh kerana servis kereta hanya selesai pada tengahari, CikYong tidak sempat untuk menyediakan juadah tengahari untuk anak2. Suami belikan nasi ayam untuk makan tengahari anak2.

CikYong berkesempatan juga menyediakan mufin untuk dijadikan bekal ke sekolah petang anak teruna kedua.

Hari ini CikYong mengikuti sebuah channel youtube bernama ‘About Sastra’. Youtuber channel ini merupakan seorang guru dari Indonesia. Content videonya banyak memperkatakan perkara2 positif berkaitan Malaysia.

Pada sebelah petang, CikYong masuk ke dapur untuk menyediakan juadah makan malam. CikYong masakkan gulai lemak cili padi ikan kembung, ayam goreng tepung dan tumis sawi+kobis. CikYong makan pada lewat petang bersama suami dan anak teruna kedua.

CikYong juga sempat menyambung bacaan dari buku berjudul ‘Teh Tarik kurang manis’.

M

Pada sebelah malam, CikYong menyambung kerja rumah untuk bahasa arab kelas Bahasa Arab.

Hari ke-261 perang di Palestine.

Setiap hari pembunuhan dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestine, semakin banyak video2 yang menyayat hati di kongsikan kepada masyarakat dunia. Imej Israel semakin merudum. Setiap kekejaman Israel di rakam dan di pertontonkan kepada masyarakat dunia. InsyaAllah. Allah adalah sebaik2 penolong.










Monday, 24 June 2024

Hari ke-175 di tahun 2024

 Assalamualaikum hari yang diberkati semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

23 Jun bersamaan 16 Dzulhijjah hari Ahad.

Hari cuti hujung minggu buat anak2 CikYong.

Pagi ini kami sekeluarga bersarapan di kedai makan. Menu pagi ini terdiri daripada nasi lemak dan roti telur.

Setiba di rumah, CikYong menjenguk sebentar ke rumah emak saudara yang tinggal berdekatan dengan rumah CikYong. Walaupun dekat, sebenarnya CikYong telah lama tidak menjenguk beliau. CikYong menyusul bonda dan adik ipar yang telah tiba lebih awal di rumah emak saudara.

Di sebelah pagi, CikYong menekuni untuk menyiapkan kerja rumah kelas bahasa arab pelajaran ke-6.

Selepas zohor, kami keluar sekali lagi untuk makan tengahari. Hari ini bonda ingin membelanja anak cucu. Kami makan di kedai makan berkonsepkan western. Di waktu kami menjamu selera, gigi geraham susu anak teruna kedua telah tercabut. Terbantut pula anak CikYong untuk menyambung menikmati makanannya. Akhirnya, makanan dan minuman beliau di bungkuskan sahaja.

Hari ke-260 perang di Palestine 🇵🇸.

Masih tiada tanda2 peperangan akan berakhir. Isreal menyatakan pendirian mereka untuk menghapuskan rakyat Palestine dari bumi Palestine. Mereka ingin menduduki sepenuhnya Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis. PBB tidak melakukan apa2 tindakan untuk menghalang Israel. Diburukkan lagi dengan kebisuan negara arab jiran seperti Mesir dan Jordan. Negara2 Arab yang lainnya juga tetap menahan mata hati mereka dari membantu saudara seIslam di bumi Palestine. Mungkin Palestine tidak sekaya dan mewah  dari segi kebendaan, namun keimanan mereka begitu jelas terserlah akan kehebatan dan keutuhannya.

Seseorang yang mengutamakan akhiratnya daripada kesenangan kehidupan di dunia yang sementara ini, sudah pasti dapat melihat akan keutamaan untuk bersama di dalam perjuangan rakyat Palestine. Sekurang2nya dengan harapan agar mendapat tempias dari keimanan mereka di bumi Palestine. Semoga usah yang sedikit in akan dapat memberatkan timbangan di akhirat nanti. InsyaAllah.









Sunday, 23 June 2024

Hari ke-174 di tahun 2024

 Assalamualaikum pagi yang mendamaikan.

22 Jun bersamaan 15 Dzulhijjah hari Sabtu.

Hari cuti hujung minggu buat anak2 CikYong. Sepatutnya hari ini anak teruna kedua mempunyai kelas tambahan di sekolah agamanya, namun untuk hari ini beliau tidak hadir ke kelasnya.

Seawal pagi sebelum subuh, kami sekeluarga telah keluar rumah dan bergerak ke bandar. Di dalam perjalanan, kami singgah di masjid di ketika masuk waktu subuh untuk menunaikan subuh berjamaah. Setiba di kompleks sukan di bandar, kami singgah dahulu di mesan selera untuk anak2 bersarapan pagi.

Terdapat ramai pengunjung di kompleks sukan pada hari ini disebabkan terdapat beberapa acara yang berlansung di sekitar kompleks sukan. 

Usai anak2 bersarapan, kami terus ke lokasi ‘wall climbing’. Hari ini anak2 mengikuti kelas bimbingan untuk ‘wall climbing’. Hari ini merupakan kali pertama anak2 mencuba memanjat dinding. Selain anak2 CikYong terdapat juga dalam sepuluh orang peserta lain yang turut serta sesi pembelajaran hari ini. Kelihatan agak sukar juga untuk mencapai ke tahap teratas dinding. Pencapaian terbaik di antara peserta adalah sehingga 3/4 daripada ketinggian dinding. Sesi berakhir setelah tiga jam berlatih memanjat.

Anak teruna kedua CikYong pula perlu menyertai kuiz secara online pada tengahari. Kuiz yang dianjurkan oleh pihak kementerian pendidikan. Namun disebabkan kuiz tersebut perlu disertai oleh semua sekolah di seluruh negara secara serentak, sistem kuiz online telah ‘down’. Oleh kerana itu, kuiz tersebut telah ditangguhkan.

Seterusnya kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu menghantar AlQuran lama dan buku2 agama yang perlu dilupuskan ke tempat pelupusan. Oleh kerana kami tiba lebih awal dari yang dijanjikan dengan petugas tempat pelupusan, kami singgah dahulu di masjid yang berdekatan. Setelah kami bersolat Zohor berjamaah dan solat jamak asar, kami pergi semula ke tempt perlupusan. Petugas telah sedia menunggu kami, lalu urusan penghantaran diuruskan dengan mudah dan pantas.

Usai urusan penghantaran, kami menuju pula ke rumah adik ipar (no.4). Kami makan tengahari di rumahnya dan berehat sebentar sambil bersembang dan bertanya khabar. 

Selepas waktu Asar, kami pun bergerak pulang ke kampung. 

Pada sebelah malam, CikYong masuk tidur lebih awal dari biasa, mungkin disebabkan kepenatan seharian berada di luar.

Hari ke-259 perang di Palestine.

Serangan bom di penempatan di kem Al Shate telah mengakibatkan lebih daripada seratus yang terkorban.













Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...